KUCHING: Pasukan Immune Belt Enforcement Team (IBET) telah memberi suntikan vaksin kepada kira-kira 70 peratus anjing di dalam kawasan penugasan mereka sebagai usaha membendung penularan wabak rabies, menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau berkata, pasukan berkenaan yang ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin di sepanjang kawasan sempadan Sarawak juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).
Uggah turut menasihatkan orang ramai digigit anjing atau kucing supaya segera mendapatkan rawatan.
"Anda tidak perlu menilai tahap keseriusan gigitan atau cakaran, terus sahaja ke hospital. Rawatan untuk rabies di hospital awam adalah percuma.
"Apa yang kita perhatikan, sesetengah pesakit hanya mendapatkan rawatan selepas di peringkat lanjutan dan sudah terlambat," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak bangunan baharu Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di sini pada Jumaat.
IBET yang diselia oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Pejabat Premier Sarawak memiliki 108 anggota yang ditugaskan mengawal dan mengawasi 978 kampung, ladang dan pos kawalan di seluruh Sarawak serta kawasan sempadannya.
Pasukan itu turut dibekalkan dengan kenderaan dan kelengkapan canggih bagi membolehkan mereka menjalankan tugas di lokasi pedalaman yang terpencil.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Uggah menasihatkan orang ramai digigit anjing atau kucing supaya segera mendapatkan rawatan. - Gambar fail/Astro AWANI
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Sarawak mahu wujudkan kursus Bahasa Iban di Unimas - Douglas Uggah
Kerajaan Sarawak akan berbincang dengan pihak Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk mendapatkan persetujuan.
Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak Jun ini
Kesepakatan bagi memuktamadkan penyerahan itu dicapai pada mesyuarat Jawatankuasa Bersama Persekutuan-Negeri di Kuching pada Isnin.
Sambutan Krismas: Kekal waspada terhadap COVID-19 - Uggah
Rakyat Sarawak digesa supaya sentiasa berwaspada dan mengambil langkah pencegahan bagi membendung penularan COVID-19 menjelang sambutan Krismas esok.
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Rabies: IBET telah vaksin 70 peratus anjing dalam kawasan penugasan
IBET yang ditugaskan untuk memberi suntikan vaksin di sepanjang kawasan sempadan Sarawak juga akan meneruskan kerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
Sarawak terima 92 projek Persekutuan bernilai RM1.092 bilion - Uggah
Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak telah menerima senarai 92 projek infrastruktur bernilai RM1.092 bilion daripada kerajaan Persekutuan.
Kontraktor dipecat jika gagal mula kerja dalam tempoh sebulan - Douglas Uggah
Kontraktor yang berjaya mendapatkan tender bagi projek kerajaan di Sarawak wajib memulakan kerja dalam tempoh sebulan selepas pelantikan.
Banjir Sarawak: PPS tutup sedia dibuka semula jika diperlukan - Uggah
Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, pihaknya telah memberi arahan kepada Pejabat Daerah dan Pejabat Residen di setiap bahagian untuk bersiap siaga berdepan sebarang kemungkinan.
Tiada alasan untuk tangguhkan Projek Jambatan Rambungan - Uggah
Kontraktor projek Jambatan Rambungan diminta segera siapkan projek berkenaan yang lewat hampir tiga tahun berbanding jadual asal.
Tiada kes subvarian XBB dilaporkan di Sarawak
Sarawak akan terus melakukan pengawasan ketat walaupun tiada kes subvarian COVID-19 XBB dilaporkan di negeri itu setakat hujung September 2022.