MALAYSIA
Rafizi senarai tiga kemungkinan suntikan ke atas anaknya

Rafizi mengetengahkan tiga kemungkinan berhubung kejadian tersebut. - Foto fail/ Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan perubatan berhubung insiden membabitkan anak tunggalnya.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan perubatan berhubung insiden suntikan terhadap anaknya, namun tiga kemungkinan sedang dipertimbangkan: suntikan mengandungi dadah/racun, virus seperti HIV atau hepatitis, atau larutan tidak berbahaya.
- Anak beliau kini dirawat di hospital dan akan dipantau selama enam bulan termasuk ujian darah setiap enam minggu bagi mengenal pasti kesan suntikan.
- Insiden berlaku di Putrajaya apabila anaknya ditarik dan dicucuk jarum oleh dua lelaki berpakaian serba hitam yang mengekori kereta isterinya, dipercayai selepas pemantauan selama dua hingga tiga hari.
"Ketiga suntikan itu mungkin kosong, hanya mengandungi air atau larutan tidak berbahaya.
"Kalau terdapat racun atau dadah, akan ada kesan tertentu seperti pening, pengsan, muntah atau sebagainya.
"Namun, setakat ini, tiada tanda-tanda tersebut dikesan," katanya pada sidang media di Parlimen, di sini pada Khamis.
Rafizi memberitahu, ketika ini anaknya diletakkan di bawah pemantauan selama enam bulan termasuk perlu menjalani ujian darah setiap enam minggu.
Anaknya kini menerima rawatan di sebuah hospital.
Rafizi dalam satu kenyataan sebelum ini memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 tengah hari Rabu, ketika anak dan isterinya baru memasuki kereta di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Anak beliau dikatakan ditarik secara tiba-tiba dan dicucuk dengan jarum suntikan.
Hasil semakan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal mengekori kereta isterinya sebelum insiden itu berlaku.
Kedua-dua suspek berpakaian serba hitam, bertopi keledar penuh yang menutupi muka, dan dipercayai menunggu peluang yang sesuai untuk menyerang.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami