NATIONAL
Ragut rantai emas, tukang rumah dipenjara lima tahun

Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Hussein Iyasamy, 39, dan memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang tukang rumah dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana meragut seutas rantai emas milik seorang wanita di kedai makan, minggu lepas.
Ringkasan AI
- Seorang tukang rumah dihukum penjara lima tahun kerana meragut rantai emas milik seorang wanita di kedai makan.
- Hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 25 April.
- Tertuduh merayu hukuman ringan atas alasan menanggung isteri dan seorang anak.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.
Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang makan di restoran didatangi tertuduh yang meminta sebatang rokok tetapi mangsa tidak memberikan rokok kepada tertuduh.
Tertuduh kemudian beredar dari kedai makan tersebut namun berlari semula ke arah meja mangsa untuk meragut rantai emas di lehernya sebelum dia berjaya ditangkap oleh orang ramai dan polis peronda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Faizah Khalilah Zaberi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran mengambil kira faktor tertuduh melakukan jenayah di tempat awam dan di khalayak ramai.
Hussein yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung isteri dan seorang anak.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami