awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rahmatan lil alamin pendekatan kerajaan wujudkan negara Rahmah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/03/2019
01:21 MYT
Rahmatan lil alamin pendekatan kerajaan wujudkan negara Rahmah
Mujahid yakin kerjasama erat yang sedia terjalin ini akan menghasilkan impak yang sangat bernilai.
Gagasan rahmatan lil alamin adalah satu gagasan besar yang dibawa oleh pihak kerajaan kearah mewujudkan sebuah negara Rahmah.
Konsep itu yang mula dipraktikkan oleh kerajaan hari ini juga telah mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Sultan Ahmad Shah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yussof berkata, orang yang memilih untuk bermusuhan sehingga membawa kepada kebencian dan pembunuhan tidak ada tempat di negara ini.
Katanya, usaha kerajaan mempromosikan nilai dan budaya Islam melalui pendekatan 'rahmahtan lil alamin' dan 'maqasid syariah' berdasarkan ajaran Islam yang sebenar, diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia.
"Orang yang memilih untuk bermusuhan sehingga membawa kepada kebencian dan pembunuhan tidak ada tempat dalam negara ini," katanya sempena Majlis Pelancaran Rahman peringkat kebangsaan di Medan Bandar, Alor Setar, Kedah pada Ahad.
Mujahid berkata, menerusi konsep Rahmah ini, segalanya bermula dari Masjid dan kebencian sesama manusia dan kebencian sesama agama perlu dihindari dalam masyarakat pelbagai kaum berdasarkan ajaran Islam yang sebenar, seterusnya model rakyat Malaysia yang pelbagai kaum boleh dicontohi oleh dunia luar.
Menurutnya, konsep ini akan menerapkan kriteria Rahmah dalam institusi masjid merangkumi interprestasi akronim sepertimana berikut seperti Rahmah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat.
Beliau berharap melalui konsep masjid Rahmah ini akan memperkasakan lagi peranan dan fungsi masjid merangkumi aspek utama iaitu pengurusan, pengimarahan, kemudahan prasarana dan persekitaran.
"Usaha kerajaan untuk mempromosikan budaya dan nilai Islam melalui pendekatan rahmatan lil alamin dan maqasiq syariah berdasarkan ajaran Islam yang sebenar yang diterjemahkan melalui tingkah laku dan keperibadian unggul rakyat Malaysia dan seterusnya model rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini boleh dicontohi oleh dunia luar," katanya.
Mujahid yakin kerjasama erat yang sedia terjalin ini akan menghasilkan impak yang sangat bernilai dan berterusan pada masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Islam
#Mujahid Yussof
#negara
#rahmah
#Rahmatan lil Alamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan