GOPENG: Penemuan kubur lama British dekat Kampung Lalang di sini, menjadi bukti penting bahawa suatu masa dahulu Kota Bharu pernah menjadi pusat pentadbiran daerah Kinta, sebelum dipindahkan ke Batu Gajah.
Kota Bharu merujuk kepada pekan kecil di negeri ini, yang terletak tujuh kilometer dari sini.
Difahamkan terdapat hanya sebuah kubur di situ dan keadaannya terbiar tanpa penjagaan, malah sudah dipenuhi dengan semak dan belukar sehingga melitupi kawasan tersebut.
Tidak mustahil jika masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan kubur bersalib di kawasan laluan Kota Bharu, Gopeng dan Malim Nawar ini, kecuali bagi penduduk setempat atau orang lama di situ.
Menurut Naib Pengerusi Persatuan Kumpulan Sejarah Malaya (MHGSoc), Nor Hisham Zulkiflee, ia merupakan kubur seorang pegawai British, H.Forker ESQ yang bertugas sebagai ahli penyiasat galian British di Kampar.
Forker berperanan sebagai pegawai bagi mencari hasil bumi di sini khususnya bijih timah.
Selain itu, antara sebab utama mengapa pusat pentadbiran dipindahkan ke Batu Gajah adalah kerana Kota Bharu diserang wabak malaria pada 1884.
Nor Hisham berkata, kunjungannya bersama-sama Pengerusi MHGSoc, Shaharom Ahmad ke lokasi bersejarah mendapati Forker meninggal dunia pada 13 Ogos 1884.
Tidak diketahui punca sebenar kematiannya, namun ada mengatakan dia mati kerana membunuh diri. Bagaimanapun menurut Nor Hisham, pihaknya masih mencari fakta yang lebih sahih.
"Mengikut sumber dari pengkaji sejarah N.A Halim, kita dapat tahu ada kubur lama di situ. Menariknya hanya ada satu kubur di situ dan keadaan di Kota Bharu sekarang sudah tidak ramai penduduk, lengang.
"Sebolehnya kita mahu kubur itu mendapat perhatian daripada Jabatan Warisan dan sebagainya untuk pemuliharaan, sebab ia mengukuhkan bukti bahawa dahulunya Kota Bharu adalah pusat pentadbiran bagi daerah Kinta dari 1880 hingga 1884.
"Selepas pembunuhan JWW Birch, British mewujudkan pusat pentadbiran di Pengkalan Pegoh tetapi hanya setahun, kemudian berpindah ke Kota Bharu pada 1880.
"Kepentingan Kota Bharu ketika itu adalah British mengawal aktiviti perlombongan di Kinta khususnya Gopeng, sebab itu ada jalan pertama dan terbaik yang dibina dari Kota Bharu ke Gopeng," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Uniknya batu nisan kubur tersebut didapati sama seperti kubur J.W.W Birch di Kampung Gajah.
Jelasnya lagi, sewaktu zaman kegemilangan pekan kecil itu, ramai pegawai British dan orang Eropah menetap di kawasan berkenaan, memandangkan perlombongan bijih timah yang rancak berjalan.
Namun, kata Nor Hisham, situasi kini berubah sama sekali dan lebih menyedihkan tidak banyak pembangunan yang wujud di Kota Bharu, malah boleh dikatakan sebagai pekan mati.
"Kalau kita pergi ke situ (Kota Bharu) sekarang, memang tiada apa-apa kesan berkaitan aktiviti perlombongan suatu masa dahulu.
"Sebelum ini kita tidak ada bukti, yang ada cuma stesen keretapi. Apabila adanya kubur ini, kita dapat buktikan bahawa Kota Bharu ini penting untuk British ketika itu," katanya lagi.
Ketika mengulas lanjut mengenai kepentingan pemuliharaan kubur berkenaan, beliau berpendapat ia bukanlah untuk mengagungkan kehadiran penjajah British tetapi lebih kepada bukti sejarah.
"Bukanlah kita mahu agungkan penjajah tetapi ia merupakan warisan setempat.
"Kota Bharu pernah jadi pusat penempatan dan bandar besar, banyak cerita lisan pada tahun 50-an khususnya dari komik Datuk Lat.
"Perkara ini sudah dimaklumkan kepada Jabatan Warisan untuk turun padang ke situ tetapi belum dapat sebarang maklum balas.
"Tetapi kita berharap ada sesuatu boleh dilakukan sekali gus boleh dijadikan tarikan pelancongan di masa akan datang," katanya lagi.
Aida Aziz
Sun Jun 25 2023
Menurut Nor Hisham, kubur ini mengukuhkan bukti bahawa dahulunya Kota Bharu adalah pusat pentadbiran bagi daerah Kinta dari 1880 hingga 1884. - Foto MHGSoc
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Rahsia kubur lama British terbiar di Kota Bharu, Gopeng
Ia dikatakan kubur seorang pegawai British, H.Forker ESQ yang bertugas sebagai ahli penyiasat galian British di Kampar.