awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raifili anjur kempen satu juta batik percuma buat penjawat awam

Bernama
Bernama
02/09/2022
23:00 MYT
Raifili anjur kempen satu juta batik percuma buat penjawat awam
Mohd Zuki merasmikan Kempen 1 Juta Batik Percuma Penjawat Awam oleh syarikat pengeluar batik moden tempatan, Raifili bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Syarikat pengeluar batik moden tempatan Raifili menyediakan satu juta batik percuma kepada penjawat awam, menerusi kempen '1 Juta Batik Percuma buat Penjawat Awam' yang dilancarkan secara rasmi pada Jumaat.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata usaha berkenaan dapat menggalakkan pemakaian Batik Malaysia dalam kalangan penjawat awam menggayakan keunikan dan keindahan batik dalam kehidupan harian, yang tidak terhad kepada pakaian rasmi majlis dan kerja sahaja.
"Permintaan batik adalah begitu tinggi dalam kalangan penjawat awam, penjawat awam diwajibkan memakai batik pada setiap Khamis bagi tujuan memartabatkan pemakaian batik Malaysia.
"Ketua-ketua jabatan juga boleh menguar-uarkan kempen yang dilaksanakan Raifili ini, untuk mempromosi dan menggalakkan pemakaian Batik Malaysia," katanya ketika melancarkan kempen itu di sini pada Jumaat, bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Negeri Kedah yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat.
Pengasas Raifili, Siti Fitriyah Harun berkata menerusi kempen berkenaan, syarikat itu menyokong hasrat dan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang mengisytiharkan 3 Dis setiap tahun sebagai Hari Batik Malaysia bagi menggalakkan Keluarga Malaysia memakai pakaian Batik Malaysia.
"Raifili ingin berkongsi kegembiraan dengan penjawat awam dan mengharapkan agar kempen ini dapat menjadikan Batik Eksklusif Raifili yang bermotifkan Batik Moden Malaysia, sebagai pilihan utama fesyen penjawat awam.
"Sejak pelancaran dalaman kempen dibuat pada Mac tahun ini, lebih 300,000 penjawat awam telah menerima batik percuma ini, dan ramai yang memuji material kain Batik Eksklusif Raifili ini lembut, cantik, selesa dipakai, warna tak luntur, tak mudah kedut dan mudah digosok," katanya.
Beliau berkata berbaki hampir 700,000 helai kain batik percuma boleh ditebus, penjawat awam yang belum menebus dan menerima batik percuma boleh membuat penebusan melalui pautan www.1jutabatikpercuma.raifili.com atau menghubungi pengedar sah Raifili di seluruh Malaysia.
Sebanyak 1,000 helai batik ditawarkan untuk ditebus penjawat awam yang mengunjungi Jelajah AKM Negeri Kedah semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#satu juta batik percuma
#Batik Malaysia
#Mohd Zuki Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan