Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim menyarankan agar orang Melayu mengamalkan semula pemakaian songkok sebagai identiti budaya Melayu.
Katanya, apa salahnya kalau orang Melayu kembali memakai songkok untuk identiti mereka semasa yang diperlukan atau yang melazimkan mereka untuk berjuang.
"Kita berasa bangga orang Melayu sanggup untuk berdastar, bertanjak dan bertengkolok semula. Orang Melayu dalam zaman gemilangannya memakai songkok dan mereka berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara dengan memakai songkok.
"Saya kira ini akan memberi lambang yang sangat meluas. Di samping kita mempunyai kegemaran untuk berdastar dan juga bertanjak, bersongkok itu bagi saya sudah sinonim dengan kemelayuan kita.
"Di samping kita memakai ketayap yang dikaitkan dengan keagamaan kita, tapi orang Arab tidak pakai songkok, yang pakai songkok adalah umat Melayu di Malaysia dan Nusantara (Indonesia, Singapura dan Selatan Thailand).
"Jadi, ini akan memberi satu gambaran identiti budaya yang kuat kepada ummah kita dan kepada penduduk yang hampir 400 juta," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup program Tradisi Bertanjak Bersatu Negeri Sembilan anjuran Angkatan Anak Muda (Armada) Bersatu negeri di sini, pada Isnin.
BACA: Walaupun harga RM25 - RM120 seunit, songkok gaya Tun Mahathir tetap jadi pilihan!
Rais berkata memakai songkok boleh memberi semangat kesepakatan dan tanda hormat.
"Sekarang kebanyakan kita pakai songkok apabila hendak bersua dengan tuanku raja dan sultan. Jadi, apa salahnya kalau kita fesyenkan dengan memakai songkok seperti mana orang Inggeris dahulu memakai topi," katanya.
BACA: Memelihara warisan, capal dan tanjak tarik minat golongan muda
Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, Rais turut menyatakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad akan melancarkan piagam warisan dan budaya tanah air di Muzium Islam, Kuala Lumpur Jumaat ini (20 Sept).
"Sehubungan itu, kita memohon kepada Perdana Menteri supaya memberi lindungan kepada warisan asas di tanah air kita iaitu asas orang Melayu berbudaya. Lebih kurang 20 badan bukan kerajaan (NGO) akan menyertai majlis tersebut.
"Ini bererti sempena kita merayakan Hari Malaysia, orang Melayu jangan lupa di atas budaya dan warisan mereka. Apa yang kita harapkan orang Melayu tidak hilang budaya mereka dan supaya orang Melayu pandai mengolah pembudayaan hidupnya.
"Budaya bukan hanya indah dan cantik memakai pakaian Melayu, tetapi budaya bererti cara hidup dan kita ingin wujudkan cara hidup yang tinggi," katanya.
BACA: Pakai busana Melayu imbau detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 16 2019
RAIS: Di samping kita memakai ketayap yang dikaitkan dengan keagamaan kita, tapi orang Arab tidak pakai songkok, yang pakai songkok adalah umat Melayu di Malaysia dan Nusantara (Indonesia, Singapura dan Selatan Thailand). - BERNAMA
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Isu 3R: Bebas beri pandangan selagi tidak langgar garis perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan sesekali bertolak ansur sekiranya kenyataan itu berbaur hasutan yang berupaya mencetus bibit keganasan dan pergaduhan kaum.
Keputusan penerbit, pengarah filem 'Mentega Terbang' rujuk persoalan perlembagaan 14 Jun
Permohonan pengarah dan penerbit filem bagi merujuk persoalan perlembagaan berhubung Seksyen 298 Kanun Keseksaan akan diputuskan pada 14 Jun.
Kawal diri, jangan kongsi isu sentuh 3R - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua pihak agar mengawal diri daripada menulis atau menyentuh isu 3R.
Individu main isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas - Ahli akademik
Individu yang menyentuh isu 3R wajar dikenakan tindakan tegas kerana perbuatan tersebut amat serius dan boleh menggugat perpaduan rakyat.
Lelaki rosakkan peralatan tokong ditahan - KPD Manjung
Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan pada jam 9.30 malam Sabtu, selain merampas telefon bimbit digunakan untuk merakam perbuatan tersebut.
Kembali kepada Islam adalah penyelesaian isu perpaduan kaum - Penganalisis
Isu-isu yang berbangkit mutakhir ini mendesak rakyat Malaysia kini tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik adalah memastikan keharmonian kaum dan agama kekal utuh.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRK: Kemenangan PH isyarat Johor tolak politik guna agama - Sheikh Umar
Kemenangan PH memberi isyarat rakyat Johor tidak menerima politik yang mempergunakan agama secara keterlaluan.
Kempen PRN: Elak sentuh isu 3R demi keharmonian rakyat - Pakar
Memainkan isu 3R semasa berkempen boleh menyebabkan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat serta mengundang kesan buruk kepada negara.