KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim dilantik sebagai pengerusi baharu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) berkuat kuasa 15 Julai lepas untuk tempoh tiga tahun.
Turut dilantik ialah enam anggota baharu yang terdiri daripada empat senator dan dua Ahli Parlimen.
Mereka ialah Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad, Senator Ir Md Nasir Hashim, Senator Zaiedi Suhaili, Senator Raj Munni Sabu; Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai dan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Watikah pelantikan itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen hari ini.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki
JKMR diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
Ahli-ahlinya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat mewakili parti pemerintah dan pembangkang.
JKMR bertanggungjawab untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia dan memeriksa laporan tahunan SPRM.
Jawatankuasa khas itu juga berperanan untuk memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah serta mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan SPRM.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Rais berkata, dengan tanggungjawab yang diberikan jawatankuasa tersebut, beliau berazam akan melunaskan tanggungjawab sebaik mungkin demi negara tercinta.
"Soal menghadapi rasuah mesti mempunyai azam, pemahaman dan keikhlasan terutama perundangan dan penguatkuasaan," katanya.
Beliau berkata, setiap ahli dilantik akan memberikan penjelasan antirasuah yang sesuai kepada rakyat bagaimana untuk mencegah perbuatan tersebut. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 26 2021
Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) menyampaikan watikah pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah kepada Tan Sri Dr Rais Yatim di Parlimen hari ini. - Gambar BERNAMA
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Tiada cukai baharu dalam tempoh terdekat - Kementerian Kewangan
Pada masa ini, fokus kerajaan adalah untuk meningkatkan pematuhan dan menambah baik sistem cukai sedia ada.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Banjir: Kerajaan hargai sumbangan swasta, korporat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan penghargaan kepada sektor swasta dan korporat atas sumbangan mereka dalam membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa negeri keti
Pemakaian peranti pengesanan, pengawasan bukan untuk semua penyakit berjangkit
Pemakaian peranti bagi tujuan pengawasan di bawah RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024, tidak terguna pakai untuk semua jenis penyakit berjangkit.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
Parlimen mahu ubah persepsi bersidang '70 hari setahun' sahaja
Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Se-Malaysia akan bermula esok bagi memperjelas peranan menyeluruh institusi Parlimen dan Speaker di negara ini.