awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Arab Saudi beri respons positif hasrat Malaysia tambah kuota haji

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
27/02/2017
10:35 MYT
Raja Arab Saudi beri respons positif hasrat Malaysia tambah kuota haji
PM NAJIB: Raja Salman Abdulaziz Al Saud memberi maklum balas positif berhubung permintaan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini. - fotoBERNAMA
Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud memberi maklum balas positif berhubung permintaan Malaysia untuk menambah kuota jemaah haji tahun ini, ujar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Jelas Perdana Menteri, Arab Saudi masih membuat pertimbangan secara mendalam berhubung permintaan Malaysia berkenaan.
"Peranan Raja Salman sudah tentu berhubung pengurusan jemaah haji adalah satu perkara amat penting dan diberi perhatian yang berat oleh kerajaan Arab Saudi. Malaysia begitu berterima kasih atas penambahan kuota sehingga lebih kurang 30 ribu yang diberikan kepada jemaah haji tahun ini.
"Atas permintaan untuk tambah kuota tersebut, Raja Salman telah respons dengan positif tetapi ia perlulah diberi pertimbangan secara lebih mendalam lagi," katanya dalam sidang media selepas mengadakan mesyuarat bersama Raja Salman Abdulaziz Al Saud di Seri Perdana di sini hari ini.
BACA: Kerajaan Arab Saudi kembalikan kuota jemaah haji Malaysia
BACA: Tabung Haji akan pohon 8,000 kuota tambahan jemaah tahun ini
Dalam pada itu, Kerajaan Arab Saudi juga sedia menimbang cadangan Malaysia untuk membina dua pusat jemaah haji negara di Mekah dan Madinah.
"Begitu juga permohonan Malaysia untuk mengadakan dua pusat jemaah haji iaitu satu di Mekah, dekat dengan masjid utama di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, maka kedua-dua permohonan itu akan dipertimbangkan selanjutnya oleh Raja Arab Saudi dalam konteks undang-undang mereka di mana orang asing tidak boleh memiliki tanah. Jadi, sama ada kita boleh menyewa untuk jangka panjang," katanya lagi.
Kerajaan Arab Saudi sebelum ini mengembalikan semula kuota jemaah haji Malaysia kepada 27,900 orang untuk Musim Haji 2017 berbanding 22,230 sejak 2013.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak
#Haji
#Madinah
#Mekah
#Raja Salman Abdulaziz Al Saud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan