BANGKOK: Seorang warga Malaysia yang dikehendaki di Thailand kerana aktiviti penyeludupan dadah ditahan dalam operasi bersama Thailand-Laos minggu lepas.
Warga Malaysia berusia 39 tahun itu didakwa raja dadah dan anggota penting sindiket dikatakan bersembunyi di Laos, menurut polis Thailand.
Penolong Ketua Polis Negara Pol Lt Jen Panurat Lakboon berkata Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) telah melakukan siasatan terhadap lelaki itu yang disyaki sebagai dalang utama dalam membekal dan menyelaras aktiviti dadah di kawasan Segitiga Emas sejak 2006.
Panurat berkata lelaki itu ditahan di Laos pada 29 Dis.
"Suspek terlibat dengan rangkaian dadah di seluruh Thailand, Malaysia, China, Singapura dan Laos. Dia juga menggunakan Thailand untuk aktiviti pengubahan wang haram dan sebagai tempat transit penyeludupan dadah ke negara ketiga seperti Malaysia, Taiwan dan Australia.
"Penahanan itu adalah hasil siasatan berterusan dan kerjasama rapat antara agensi penguatkuasa Thailand, Malaysia dan Laos," katanya dalam satu kenyataan.
Pasukan penyiasat mengenal pasti lelaki itu sebagai suspek utama di sebalik rampasan dadah pada Jun tahun lalu - rampasan membabitkan 998 kilogram methamphetamine kristal dan penahanan tujuh suspek di wilayah Ratchaburi, kata Panurat.
Waran tangkap kemudiannya dikeluarkan terhadap suspek pada Ogos tahun yang sama.
Pihak berkuasa Thailand kemudian merampas aset warga Malaysia itu termasuk sebidang tanah dengan bangunan, dua kondominium, tiga kapal layar, dua kereta, tiga motosikal, senjata api, wang tunai dan barangan berharga lain di seluruh Bangkok, Trat, Chiang Rai dan Chon Buri.
Jumlah anggaran nilai aset yang dirampas adalah 85 juta baht (RM11.4 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024
Penolong Ketua Polis Negara Pol Lt Jen Panurat Lakboon berkata lelaki itu ditahan di Laos pada 29 Dis. - Gambar hiasan
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Dua raja dadah Malaysia ditahan di Thailand
Suspek yang digelar sebagai Mr T atau Malaysian Iceman dari Johor dan Mr G dari Pulau Pinang dianggap sebagai anggota penting sindiket dadah antarabangsa.