awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Muda Perlis gesa masyarakat budayakan semangat sukarela

Bernama
Bernama
07/02/2017
23:19 MYT
Raja Muda Perlis gesa masyarakat budayakan semangat sukarela
Tuanku Syed Faizuddin menggesa masyarakat agar membudayakan semangat kesukarelawan dalam membantu orag lain yang memerlukan pertolongan. - Gambar fail
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menggesa masyarakat agar terus membudayakan semangat kesukarelawan dalam membantu orag lain yang memerlukan pertolongan.
Baginda bertitah semangat kesukarelawan akan mewujudkan masyarakat harmoni yang sentiasa membantu dan tidak lokek menghulurkan pertolongan sama ada wang ringgit, masa atau tenaga.
"Dengan mempunyai semangat dan sikap ingin membantu tanpa dipinta dalam kalangan masyarakat sudah tentu lebih ramai rakyat yang memerlukan bantuan di Perlis khususnya dan Malaysia umumnya akan dapat dibantu serta tidak jauh tersisih," titah baginda.
Baginda bertitah demikian pada 'Program Berbasikal Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs) Peduli Menjejaki dan Menyantuni Asnaf' kali ke 11 bagi tahun 2017 di Rumah Kebajikan Teratak Rahmat, Persatuan Al-Islah Perlis (Al-Islah), Mata Ayer di sini pada Selasa.
Program tersebut turut disertai Duta Besar Republik Czech Ke Malaysia, Rudolf Hykl dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.
Pada majlis tersebut Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs berkenan menyampaikan sumbangan kepada 30 asnaf di sekitar kawasan Mata Ayer.
Selain itu baginda turut menyaksikan penyerahan surat hasrat kerjasama mewujudkan Pusat Perlindungan Muallaf antara MAIPs dengan Al-Islah yang disampaikan oleh Mohd Nazim kepada Yang Dipertua Al-Islah, Mohd Ihsan Idris.
Rumah Perlindungan Muallaf tersebut diwujudkan bertujuan untuk membantu menempatkan sementara saudara Muslim yang baharu memeluk agama Islam selain dijadikan pusat aktiviti dakwah kepada masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Al-Islah
#MAIPs
#Rudolf Hykl
#Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan