awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi 6.6 magnitud landa perairan Taiwan: CENC
Lebih 200 terbunuh dalam serangan bermotif etnik di Darfur, Sudan
Retorik perkauman, antipendatang dorong doktor asing tinggalkan UK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi persidangan ACWW

Bernama
Bernama
05/07/2022
05:58 MYT
Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi persidangan ACWW
aja Permaisuri Agong Tunku Hajah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri Persidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia Kawasan Asia Tengah dan Timur Jauh hari ini. - fotoBERNAMA
KUCHING: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan merasmikan Persidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia (ACWW) bagi kawasan Asia Tenggara dan Timur Jauh, di sebuah hotel di sini hari ini.
Seri Paduka Baginda tiba pada pukul 10 pagi dengan diiringi oleh isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Raghad Kurdi Taib dan isteri Premier Sarawak Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang.
Persidangan tiga hari yang bermula semalam itu bertujuan membina rangkaian kerja serta kolaborasi dalam kalangan wanita di dalam dan luar negara, di samping mempelajari serta berkongsi pengetahuan, menerusi sidang pleno serta lawatan pendidikan.
Persidangan itu menghimpunkan 202 perwakilan wanita dari negara Brunei, Kemboja, Indonesia, Filipina, Singapura dan Malaysia.
Sementara itu Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dalam rakaman ucapannya yang disiarkan di persidangan itu berkata hampir separuh daripada populasi Sarawak terdiri daripada golongan wanita, dan kerajaan negeri telah menampilkan pelbagai inisiatif serta bantuan bagi membangunkan kapasiti, keupayaan dan kecekapan mereka.
"Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita merupakan pihak sangat berbakat dan gigih dalam membantu mencapai matlamat pembangunan Sarawak. Anda (NGO wanita) dapat dekati kumpulan rentan atau terjejas dalam komuniti kita ini dan mencari penyelesaian inovatif untuk menangani masalah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#ersidangan ke-13 Persatuan Wanita Desa Sedunia
#raghad kurdi
#Juma'ani Tun Tuanku Bujang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan