awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM

Bernama
Bernama
25/01/2024
04:10 MYT
Raja Permaisuri Agong dilantik semula Ketua Perlembagaan UIAM
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik semula sebagai Ketua Perlembagaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk tempoh lima tahun berkuat kuasa 31 Jan ini.
Pelantikan semula Tunku Azizah telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Ini merupakan penggal kedua baginda menjawat jawatan berkenaan, selepas dilantik bagi penggal pertama pada 2019.
"Warga UIAM amat bersyukur dan berbangga dengan keputusan pelantikan semula Tunku Azizah sebagai Ketua Perlembagaan UIAM untuk penggal kedua.
"Seluruh warga UIAM amat berbesar hati dan gembira dengan pelantikan semula Tunku Azizah kerana sikap penyayang dan prihatin Tunku yang mendalam kepada segenap warga berbilang bangsa di UIAM ini," kata Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dalam satu kenyataan hari ini.
Dzulkifli berkata, pelantikan semula Tunku Azizah membolehkan UIAM mencapai pelbagai pengiktirafan peringkat antarabangsa khasnya dalam memaknai peranan sebuah institusi Islam yang berwibawa merentasi 40 tahun penubuhan UIAM.
Beliau berkata, seluruh warga UIAM akan terus memajukan perancangan disediakan di bawah naungan Tunku Azizah dengan memanfaatkan pengalaman serta kecenderungan Seri Paduka tentang dunia ilmiah yang beretika dalam menegakkan kebenaran berteraskan ilmu dan amanah.
"Dengan pelantikan semula ini, Tunku Azizah yang akan bersemayam di Istana Pahang dalam meneruskan legasi Almarhum Paduka Ayahanda untuk membolehkan UIAM meneroka lebih luas lagi peranannya sesuai dengan Rahmatan lil 'alamin selari dengan slogan UIAM Leading The Way, Leading The World," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Ketua Perlembagaan
#Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan