awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong sampai bantuan Aidilfitri kepada 350 anak yatim

Bernama
Bernama
18/06/2016
13:13 MYT
Raja Permaisuri Agong sampai bantuan Aidilfitri kepada 350 anak yatim
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah (tengah) menyaksikan penyerahan replika cek oleh Pengurus Besar TH Hotel &Convention Centre, Khairil Nizam Othman (kanan) kepada Ahli Lembaga Pengarah (YAYSH) Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim. - Foto BERNAMA
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 350 anak yatim pada majlis anjuran Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di sini.
Ahli Lembaga Pengarah YAYSH Datuk Seri Norazam Shah Ibrahim berkata anak yatim berkenaan dipilih dari daerah Kota Setar, Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang dan Pokok Sena.
Katanya acara berkenaan akan diteruskan setiap tahun walaupun penggal pemerintahan Yang Dipertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bakal berakhir Disember ini.
"YAYSH akan meneruskan usaha murni ini dengan membantu anak-anak yatim setiap tahun," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan bantuan Raya YAYSH di sini, petang tadi.
Beliau berkata ini merupakan program tahunan YAYSH bagi membantu golongan tidak bernasib baik untuk menyambut Aidilfitri selain menyuntik semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.
Pada majlis berkenaan, Raja Permaisuri Agong menyampaikan sumbangan berbentuk pakaian hari raya, bungkusan buah kurma, hamper dan duit raya serta berkenan berbuka puasa bersama-sama anak yatim berkenaan.
Topic Berkaitan
#anak yatim
#Raja Permaisuri Agong
#sumbangan Aidilfitri
#Tuanku Hajah Haminah
#YAYSH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan