awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri Agong seru kerajaan tubuh pusat latihan demensia

Bernama
Bernama
01/10/2022
12:11 MYT
Raja Permaisuri Agong seru kerajaan tubuh pusat latihan demensia
Tunku Azizah berangkat mencemar duli dalam majlis perasmian Hari Warga Emas Kebangsaan 2022 di Dewan Tun Hussein, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - Bernama
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyeru kerajaan menubuhkan pusat latihan khusus berkaitan penjagaan pesakit demensia.
Seri Paduka bertitah ini kerana penyakit yang dihidapi golongan warga emas itu memerlukan penjagaan yang rapi, justeru, latihan khusus kepada penjaga pesakit demensia wajar dilaksanakan.
"Saya menyeru kerajaan supaya membuat sesuatu mengenai demensia...mungkin boleh pergi (lawat) pusat sedemikian seperti di Sweden dan kemudian menubuhkannya di negara ini," titah Seri Paduka.
Tunku Azizah bertitah demikian ketika berkenan berangkat mencemar duli dalam majlis perasmian Hari Warga Emas Kebangsaan 2022 di Dewan Tun Hussein, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Seri Paduka turut menasihati orang ramai terutamanya golongan warga emas untuk mengaktifkan diri melalui pelbagai aktiviti bermanfaat seperti menyertai program sukarelawan dalam usaha mengelak daripada menghidap demensia.
"Ingin saya kongsikan, saya ada mak saudara di Johor, berusia 90 tahun...baru-baru ini saya pulang ke Johor, mohon untuk menghadap tetapi mak cik saya cakap boleh datang tengah hari kerana pagi ada mesyuarat yang hendak dipengerusikan.
"Terbukti, usia tidak membataskannya untuk berkecimpung dalam persatuan-persatuan sukarelawan dan itu yang membuatkan mak cik saya tiada demensia kerana sentiasa aktif," titah Tunku Azizah.
Turut hadir pada majlis itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Timbalannya Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Tunku Azizah Aminah Maimunah
#Demensia
#pusat latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan