awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Permaisuri kongsi tips masak dengan peniaga bazar

Bernama
Bernama
22/04/2022
14:03 MYT
Raja Permaisuri kongsi tips masak dengan peniaga bazar
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan beramah mesra bersama peniaga di Bazar Ramadan Peringgit. - Foto BERNAMA
MELAKA: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan meluangkan masa melawat serta bermesra dengan peniaga serta orang ramai di Bazar Ramadan Peringgit di sini petang ini.
Kehadiran baginda bersama dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakanda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah itu ternyata menambah keceriaan dan keterujaan orang ramai di bazar berkenaan.
Kunjungan keluarga Diraja sekitar pukul 4.37 petang itu disambut oleh Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman. Turut mengiringi adalah Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan Datin Seri Munira M.Yusop.
Dalam lawatan selama hampir satu jam itu, Nasi Beriyani Muar dan kuih keria gula Melaka yang menjadi ikon negeri Melaka menjadi antara juadah pilihan dibeli Baginda Berdua.
Ketika melawat salah satu gerai murtabak rendang Tunku Azizah sempat bergurau dan memberi tips kepada peniaga berkenaan agar adunan masakannya itu menjadi lebih baik.
"Ini resepi special kita berdua je ye," gurau baginda.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah seterusnya berkenan membeli juadah berbuka dan bertanya khabar peniaga dan pengunjung bazar.
Sepanjang tempoh di bazar itu, ramai pengunjung dan juga peniaga di Bazar itu tidak melepaskan peluang bertemu dan bergambar untuk merakamkan kenangan indah bersama Baginda Berdua.
Baginda Berdua kemudiannya bergerak ke Masjid Al-Azim untuk meluangkan masa beramah mesra dengan orang ramai yang memenuhi Dataran Pusat Islam berhampiran masjid itu bagi menanti waktu berbuka puasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Raja Permaisuri Agong
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
#Bazar Ramadan
#Bazar Ramadan Peringgit
#tips masak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan