awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada 1,133 murid SK AU Keramat

Bernama
Bernama
10/09/2024
07:15 MYT
Raja Zarith Sofiah berkenan kurnia sumbangan kepada 1,133 murid SK AU Keramat
Raja Zarith Sofiah (dua, kanan) berkenan mengurniakan sumbangan kepada 1,133 murid dalam kumpulan B40 serta sumbangan cek kepada Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat, di sini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan mengurniakan sumbangan kepada 1,133 murid dalam kumpulan B40 serta sumbangan cek kepada Sekolah Kebangsaan (SK) AU Keramat, di sini.
Sumbangan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor itu dikurniakan semasa Seri Paduka Baginda berangkat mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong tahun ini.
Keberangkatan tiba Raja Zarith Sofiah pada 10.15 pagi disambut oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ruji Ubi.
Turut hadir ialah Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Jabatan Perdana Menteri), Datuk Abd Shukor Mahmood dan Guru Besar SK AU Keramat, Zulkaimi Mohammad.
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melambai kepada murid-murid SK AU Keramat ketika berangkat balik selepas mengadakan lawatan di sekolah tersebut. - Foto BERNAMA
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan melambai kepada murid-murid SK AU Keramat ketika berangkat balik selepas mengadakan lawatan di sekolah tersebut. - Foto BERNAMA
Pada lawatan itu, Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyaksikan persembahan tarian tradisional oleh Kumpulan Gemalai Tari SK AU Keramat, selain melihat hasil kraf seperti beg dan bingkai gambar yang dihasilkan beberapa murid sekolah berkenaan.
Seri Paduka Baginda turut beramah mesra dengan guru dan murid sekolah itu sebelum berangkat meninggalkan acara lawatan pada 11.10 pagi.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Raja Permaisuri Agong
#Raja Zarith Sofiah
#sumbangan
#Sekolah Kebangsaan AU Keramat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan