MALAYSIA
Rakyat diseru bersatu hentikan buli - Na'im

Mohd Na'im berkata perbuatan buli tidak mencerminkan nilai-nilai murni dalam Islam serta mengajak rakyat untuk bersama-sama membina masyarakat yang harmoni dan saling menjaga silaturahim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar hari ini menyeru seluruh rakyat, khususnya umat Islam, supaya bersama-sama menghentikan segala bentuk perbuatan buli.
Ringkasan AI
- Datuk Mohd Na'im Mokhtar menyeru rakyat, khususnya umat Islam, agar menghentikan segala bentuk buli yang disifatkan sebagai perbuatan keji dan bertentangan dengan ajaran Islam.
- Beliau menekankan bahawa buli bukan sahaja menyakitkan secara fizikal, tetapi juga memberi kesan emosi yang mendalam serta menjejaskan maruah dan harapan individu.
- Seruan itu turut mengajak masyarakat membina suasana harmoni berasaskan kasih sayang dan silaturahim, serta mengingatkan bahawa doa orang dizalimi tiada hijab di sisi Allah.
"Ingat doa orang yang dizalimi tiada hijab disisi Allah. Maka jauhilah kezaliman walau sebesar zarah. Buli mesti dihentikan dan kasih sayang perlu disuburkan," katanya menerusi video yang dimuatnaik di Facebook, hari ini.
Mohd Na'im berkata perbuatan buli juga tidak mencerminkan nilai-nilai murni dalam Islam serta mengajak rakyat untuk bersama-sama membina masyarakat yang harmoni dan saling menjaga silaturahim.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami