awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat harus galas sama tanggungjawab pulihkan ekonomi - Herizal Hazri

Israr Khalid
Israr Khalid
28/12/2022
00:00 MYT
Rakyat harus galas sama tanggungjawab pulihkan ekonomi - Herizal Hazri
Ada ramai bakat di Malaysia yang boleh dan mahu menyumbang dalam menyelesaikan banyak masalah yang mungkin tak dapat diselesaikan kerajaan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Tanggungjawab memulihkan ekonomi tidak seharusnya diletakkan pada bahu kerajaan semata-mata, kata penganalisis ekonomi politik dan hubungan antarabangsa Herizal Hazri.
Beliau berpendapat perkongsian erat antara kerajaan dan rakyat adalah caranya untuk negara menyelesaikan pelbagai masalah dan mengatasi segala cabaran dengan lebih berkesan.
Ini kerana beliau melihat ada ramai bakat di Malaysia yang boleh dan mahu menyumbang dalam menyelesaikan banyak masalah yang mungkin tak dapat diselesaikan kerajaan.
“Kadang-kadang saya sering tertanya-tanya adakah kita di Malaysia ini faham apakah peranan kita sebagai warga demokratik yang bertanggungjawab?
“Kita adalah rakyat dalam struktur demokrasi, bagaimana kita boleh mainkan peranan kita untuk menjadi rakyat demokratik yang matang, yang dapat membantu dalam apa jua cara sekalipun,” katanya dalam program Agenda AWANI pada Selasa.
Katanya, rakyat tidak seharusnya berfikiran bahawa perlu berada dalam kerajaan dan memegang posisi penting untuk menyumbang, kerana ketika ini sudah ada banyak teknologi yang boleh diolah untuk manfaat rakyat dan negara.
Herizal memberi contoh bahawa penciptaan aplikasi 'Grab' yang akhirnya berjaya menyelesaikan pelbagai masalah yang bergelumang dalam industri teksi sejak sekian lama selepas bermacam-macam undang-undang yang diperkenalkan gagal mengatasinya.
Pada masa sama, kerajaan juga perlu lebih terbuka, mengalu-alukan dan memberi sokongan kepada idea-idea baharu daripada rakyat kerana kerajaan juga bukanlah arif tentang semua perkara.
“Saya rasa perkongsian erat antara kerajaan dengan rakyat adalah caranya, bukan satu memerintah dan satu diperintah tetapi sama-sama menggalas tanggungjawab untuk memulihkan keadaan bersama.”
Rakyat harus galas sama tanggungjawab pulihkan ekonomi - Herizal Hazri
Topic Berkaitan
#memulihkan ekonomi
#rakyat
#mengatasi segala cabaran
#PantauKerajaanBaharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan