awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Kelantan dinasihat jaga keselamatan di selatan Thailand - PDRM

Bernama
Bernama
31/10/2024
07:30 MYT
Rakyat Kelantan dinasihat jaga keselamatan di selatan Thailand - PDRM
Sejak awal Oktober lepas sebanyak 35 serangan dan pengeboman dipercayai berlaku di beberapa wilayah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan. - Gambar fail
KOTA BHARU: Rakyat Kelantan dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati merancang perjalanan dan menjaga keselamatan ketika berkunjung ke selatan Thailand, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Beliau berkata berdasarkan daftar keluar dan masuk di tiga Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Dan Keselamatan (ICQS) di Kelantan iaitu Kompleks ICQS Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga menunjukkan peningkatan pengunjung ke selatan Thailand sejak semalam.
"Semua rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Kelantan yang merancang berkunjung ke selatan Thailand sempena cuti Deepavali dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan diri dan keluarga," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata sejak awal Oktober lepas sebanyak 35 serangan dan pengeboman dipercayai berlaku di beberapa wilayah iaitu Pattani, Narathiwat, Yala dan Songkhla sehingga mengakibatkan kematian dan kecederaan.
Mohd Yusoff turut mengingatkan pengunjung supaya menggunakan pintu keluar masuk yang sah supaya pihak berkuasa kedua-dua negara dapat bertindak sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.
"Elak menggunakan laluan yang tidak sah seperti laluan tikus, pangkalan haram dan sebagainya.
"Bagi pengunjung yang menggunakan kenderaan sendiri, diminta supaya patuhi undang-undang dan peraturan jalan raya yang berkuat kuasa di kedua-dua negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selatan thailand
#tahap keselamatan
#rakyat Malaysia
#serangan bom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan