awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2026 medan ukur tahap sebenar Malaysia di pentas dunia - Mohamad Norza
15 cedera dalam kemalangan libatkan bas dan lori di Rawang
90 kes rogol, 43 kes buli libatkan pelajar di Kedah tahun lepas - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia antara dua ditahan edar 4,000 pil kuda di Sungai Golok

Bernama
Bernama
25/09/2025
11:00 MYT
Rakyat Malaysia antara dua ditahan edar 4,000 pil kuda di Sungai Golok
Kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi dalam operasi yang diketuai dua pegawai Pejabat Daerah Sungai Golok. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Dua lelaki masing-masing warga Malaysia dan Thailand ditahan kerana disyaki terlibat mengedar 4,000 pil kuda, dalam operasi membanteras dadah di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand, awal pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Dua lelaki warga Malaysia dan Thailand ditahan dalam operasi membanteras dadah di Sungai Golok, Narathiwat, Thailand kerana disyaki mengedar 4,000 pil kuda yang dipercayai untuk pasaran tempatan dan diseludup ke Malaysia.
  • Suspek berusia 23 dan 25 tahun disiasat atas tuduhan bersubahat dalam pengedaran dadah Kategori 1, manakala suspek warga Malaysia turut didakwa kerana memasuki dan tinggal di Thailand tanpa kebenaran.
  • Operasi dijalankan selaras dengan dasar kerajaan Thailand untuk mewujudkan komuniti bebas dadah, dengan harga pil kuda di Thailand sekitar 30 baht sebiji, namun boleh mencecah RM8 hingga RM10 apabila diseludup ke Malaysia.

Kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan kira-kira 1 pagi dalam operasi yang diketuai dua pegawai Pejabat Daerah Sungai Golok.
Pengerusi Pusat Pentadbiran Narkotik Sungai Golok Supeeyan Daemokleng berkata kesemua pil kuda yang dirampas dipercayai untuk diedarkan di sekitar Sungai Golok dan diseludup masuk ke Malaysia.
"Kedua-dua suspek disiasat atas tuduhan bersubahat dalam pengedaran dadah Kategori 1 dengan niat untuk menjual serta mengedarkan. Suspek warga Malaysia itu juga akan didakwa kerana memasuki dan tinggal di Thailand tanpa kebenaran.
"Operasi ini dijalankan sebagai langkah pencegahan, pemulihan dan penghapusan masalah dadah di daerah berkenaan, selaras dengan dasar kerajaan Thailand bagi mewujudkan komuniti bebas dadah di bawah slogan 'No Drugs No Dealers'," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan di hadapan sebuah rumah di Jalan Prachaviwat, Sungai Golok, sebelum dibawa ke Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut.
Difahamkan, harga sebiji pil kuda atau "Yaba" di Thailand sekitar 30 baht, namun apabila diseludup ke Malaysia harganya boleh mencecah antara RM8 hingga RM10 sebiji.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#Sungai Golok
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan