awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki rancang bunuh Trump dihukum penjara seumur hidup
Kelayakan Piala Dunia: FIFA jatuhkan hukuman berat, gantung 'orang kuat' Indonesia
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia boleh bersatu jika cari titik perpaduan - Ahmad Zaharil

Azib Zikry
Azib Zikry
09/04/2024
04:20 MYT
Rakyat Malaysia boleh bersatu jika cari titik perpaduan - Ahmad Zaharil
Menurut Ahmad Zaharil, rakyat Malaysia seharusnya mencari titik tengah supaya dapat bersama menyemarakkan semangat perpaduan.
KUALA LUMPUR: Dalam meraikan semangat perayaan Aidilfitri, dan Syawal yang menjelang tiba rakyat Malaysia perlu bersatu hati merai kepelbagaian tradisi dan budaya.
Peguam yang tular dengan kisah kotak pensil, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berkata rakyat Malaysia seharusnya mencari titik tengah supaya dapat bersama menyemarakkan semangat perpaduan.
Beliau berkata demikian, susulan tular kisahnya yang pernah membantu khidmat guaman secara percuma kepada seorang wanita berbangsa India di media sosial.
“Sekarang ini kita lihat perpaduan di paras terendah, kita kena lihat daripada satu perspektif di mana kita boleh bersatu.
“Kita perlukan satukan hati dan jiwa kita bersama untuk memastikan ia menjadi kenyataan,” katanya.
Justeru mengambil inspirasi atas kisahnya, baginya rakyat Malaysia sebenarnya mempunyai persamaan dan kebaikan bersama
Ia dapat dilihat apabila, terlalu banyak kisah perpaduan yang perlu diangkat, berbanding mencanang kes kontroversi kaum-agama yang boleh menimbulkan perpecahan.
“Saya pandang ke belakang balik, jujur saya katakan rakyat Malaysia mempunyai satu titik persamaan di dalam hati.
“Di mana titik itu ialah perpaduan, kasih sayang, hormat menghormati antara satu sama lain,” tambahnya lagi ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi pada Selasa.
Topic Berkaitan
#perpaduan
#rakyat Malaysia
#Ahmad Zaharil Muhaiyar
#kisah peguam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan