Rakyat Malaysia boleh mengetahui mengenai kedudukan kredit kewangan mereka daripada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) melalui Internet tidak lama lagi, kata Pengarah LINK dan Pejabat Wilayah Bank Negara Malaysia (BNM), Datin Arlina Ariff.
"Kami sedang mengusahakannya dan berharap dapat bermula seawal tahun depan," katanya lagi.
Beliau berkata pada masa sekarang, rakyat Malaysia hanya boleh mendapatkan laporan CCRIS dengan memuat turun di ibu pejabat BNM atau menghantar e-mel kepada [email protected].
"Mereka yang mengutip laporan tersebut, perlu membawa bersama kad pengenalan mereka dan mempunyai pengesahan cap jari.
"Mereka akan menerima laporan CCRIS melalui e-mel selepas satu hingga dua minggu," katanya kepada pemberita semasa Karnival Kewangan Sarawak di sini hari ini.
Arlina berkata laporan CCRIS bukan merupakan satu senarai hitam, tetapi ringkasan kepada status kedudukan kewangan individu.
- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2017
Orang ramai kini boleh mengetahui kedudukan kredit kewangan mereka daripada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) melalui Internet tidak lama lagi.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Faedah moratorium sewa beli tidak boleh lebih tinggi berbanding kontrak asal - BNM
Sebarang faedah tambahan yang mungkin dikenakan oleh sesetengah bank pada pembayaran yang ditangguh tidak boleh lebih tinggi berbanding kontrak sewa beli asal yang ditandatangani, kata BNM
Rakyat Malaysia boleh buat semakan CCRIS secara dalam talian
Rakyat Malaysia boleh mengetahui mengenai kedudukan kredit kewangan mereka daripada Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) melalui Internet tidak lama lagi.