Teruja untuk menjadi sebahagian daripada Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun berada jauh dari tanahair, beribu rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai pengundi pos.
Segelintir rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara telah ditemubual oleh Astro Awani melalui e-mel berkata, mereka tidak menolak peluang apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa mereka boleh mendaftar di antara 21 Jan sehingga pembubaran Parlimen pada 3 April untuk mendaftar.
Walau bagaimanapun, ramai yang cemas menunggu jawapan daripada SPR sama ada mereka berpeluang untuk mengundi.
Tasneem Muhammad, 29, rakyat Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat, berkata bahawa apabila dia sedar dia hanya mempunyai peluang sehingga tengah malam waktu Malaysia untuk memohon untuk menjadi pengundi pos pada hari Parlimen telah dibubarkan, dia segera berbuat demikian.
"Mengundi merupakan hak yang hanya terdapat pada rakyat dan oleh itu ia tidak boleh disia-siakan sahaja," kata penyunting portal dalam talian tempatan yang berpusat di Savannah, Georgia.
"Saya menghantar borang melalui e-mel dan sehingga hari ini, saya masih menunggu jawapan dari SPR mengenai status permohonan saya," katanya, sambil menambah, SPR tidak mempunyai sebarang sebab untuk menolak permohonan beliau.
Tasneem berkata masalah yang dihadapinya ialah dia tidak pasti bila PRU13 akan berlansung. Ini membuatkannya tidak pasti sama ada untuk mendaftar sebagai pengundi pos kerana dia sudah merancang untuk kembali ke Malaysia pada masa yang sama.
"Saya merancang untuk pulang ke Malaysia pada bulan April. Jika saya mendaftarkan diri sebagai pengundi pos dan PRU berlaku semasa saya berada di Malaysia, maka saya tidak boleh mengundi. Tetapi jika saya tidak mendaftar dan ia berlaku semasa saya di Amerika Syarikat, maka saya tidak boleh mengundi juga!"
Bekas guru Bahasa Inggeris berkata meskipun kebimbangan bahawa SPR tidak akan telus atau undinya akan dimanipulasi, dia merasakan bahawa ia adalah haknya sebagai rakyat Malaysia untuk mengundi.
"Seorang rakan saya berkata, saya tidak perlu mengundi kerana saya di luar negara. Bagi saya tanggapannya tidak munasabah. Mengapa saya perlu perlu melepaskan hak saya untuk mengundi hanya kerana saya berada di luar negara? Hanya kerana saya tidak tinggal di Malaysia tidak bermakna saya tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku kepadanya."
Eileen Ee-Narhi Sok Ling, seorang guru Bahasa Inggeris pra-sekolah di Finland yang berumur 27 tahun berkata, dia amat yakin ia adalah wajib bagi semua rakyat Malaysia untuk mengundi.
"Saya percaya bahawa mereka yang tidak mengundi, tidak seharusnya mengadu. Pengundian harus wajib untuk sesiapa yang layak. Ianya bukan perkara yang melibatkan 'ya, tidak, mungkin, kita akan lihat nanti’. Ia adalah suara penting yang perlu didengar," katanya.
Ee berkata semasa SPR mengumumkan bahawa rakyat Malaysia yang berada jauh dari rumah kini dibenarkan untuk mengundi, saya memuat turun borang, mencetak, mengisi dan menghantarnya.
"Sudah agak lama setelah saya menghantar borang tersebut. Saya masih menunggu jawapan/pengesahan daripada mereka," katanya, sambil menambah bahawa dia juga mengambil gambar sebagai bukti.
Ee berkata bahawa dia tidak pasti sama ada dia akan menghadapi apa-apa masalah berikutan kerana dia masih menunggu jawapan dari SPR dan laman web SPR mengalami kesesakan beberapa hari ini.
Sementara itu, Latifah Mohd Yusof, yang berpangkalan di Yukon, Kanada sebagai Pengeluar Digital berkata bahawa dia merasakan bahawa pihak berkuasa telah membuatkannya amat sukar untuk mengundi.
Salah satu kebimbangan beliau adalah syarat SPR bahawa pengundi luar negara mesti telah berada di Malaysia tidak kurang daripada 30 hari dalam tempoh lima tahun yang lalu.
"Saya mesti melawat rumah lebih daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun yang lalu untuk melayakkan diri sebagai seorang warganegara Malaysia.
"Secara realistiknya, cuti rehat tahunan rasmi untuk pekerja di antara dua hingga tiga minggu. Saya pulang ke rumah tiga kali dalam 5 tahun yang lalu. Malangnya, semua perjalanan melawat ibu bapa saya kurang daripada 30 hari. Borang 1B saya mungkin telah akan ditolak, "kata Latifah.
Satu lagi isu yang membuatkannya tidak bersemangat untuk mendaftar sebagai pengundi adalah seseorang itu secara peribadi perlu mengambil undi pos di Suruhanjaya Tinggi di Kanada. "Tetapi Kanada adalah negara ke-2 terbesar di dunia. Mengharapkan rakyat Malaysia merentas di antara wilayah untuk mengambil undi pos adalah sangat mahal dan menyusahkan, "katanya.
Baru-baru ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata bahawa ia adalah "agak mengecewakan" kerana hanya 6,298 rakyat Malaysia daripada lebih 700,000 yang tinggal di luar negara telah mendaftar sebagai pengundi untuk PRU13.
Membalas perkara tersebut, kumpulan MyOverseasVote mendakwa bahawa SPR “sengaja mengehadkan bilangan pengundi pos yang layak" untuk PRU13.
Antara lain, SPR telah mengumumkan persiapan telah terlambat; tidak termasuk rakyat Malaysia yang tinggal di Singapura, Brunei, Kalimantan dan selatan Thailand dari mendaftar, yang membentuk lebih 400,000 rakyat Malaysia.
"MyOverseasVote mengharapkan SPR bertindak serta-merta untuk memastikan rakyat Malaysia di luar negara yang telah mengemukakan borang permohonan mereka dimaklumkan segera sama ada permohonan mereka berjaya atau tidak, bukannya mengadu bahawa bilangan mereka sedikit," katanya dalam laman webnya.
Teoh El Sen
Mon Apr 08 2013
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Dr Rakyat cabar Nasruddin dan Saifuddin di Indera Mahkota?
Barisan Nasional (BN) Pahang dijangka meletakkan harapan memenangi kerusi panas parlimen P082 Indera Mahkota ditangan Datuk Dr Johan Mat Sah.
Beri peluang Umno terajui BN P. Pinang - Reezal Merican
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang wajar memberi peluang kepada Umno untuk mengetuai barisan kepimpinan parti itu bagi memulihkan kepercayaan rakyat di negeri ini.
PR teruskan perhimpunan bantah keputusan PRU-13
Pakatan Rakyat (PR) meneruskan perhimpunan pasca pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)di Stadium Kelana Jaya malam ini.
Bantahan terbuka tidak akan ubah keputusan PRU13 - SPR
Sebarang bantahan terbuka atau perhimpunan tidak mampu mengubah keputusan pilihan raya umum atau mengakibatkan ia diadakan semula, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya.
PM S'pura ucap tahniah kepada Najib atas kemenangan PRU13
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengucapkan tahniah atas kemenangannya pada PRU-13.
Mukhriz angkat sumpah MB Kedah hari ini
Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).
Rakyat Cina tidak hargai jasa saya-- Ali Rustam
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.
BN peroleh majoriti 2/3 untuk tubuh kerajaan Sabah
BN) mengekalkan pemerintahan Sabah dengan majoriti dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Kemenangan besar buktikan BN masih relevan di Perlis
Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Perlis pada PRU-13 semalam membuktikan parti itu masih relevan dan diperlukan rakyat.
BN rampas semula Kedah, gagal di Selangor dan Kelantan
BN berjaya merampas semula Kedah daripada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) namun sekali lagi gagal di Kelantan.