awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah

Bernama
Bernama
13/02/2025
20:15 MYT
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Rakyat Malaysia yang melawat Narathiwat dinasihat suoaya berhati-hati dan mengelakkan perkampungan nelayan itu bagi mengelak daripada kemungkinan menghadapi sebarang masalah. - Gambar hiasan/BERNAMA
SONGKHLA: Konsulat Malaysia di selatan Thailand menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengelakkan daripada melawat Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai di Narathiwat kerana kawasan itu dikenal pasti pihak berkuasa tempatan sebagai kawasan panas narkotik.
Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata polis Thailand mengenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
"Saya menasihatkan pelancong Malaysia untuk tidak melawat perkampungan nelayan Kampong Balik Hilir dan Kampong Pantai buat masa ini, kerana polis Thailand sedang menjalankan operasi secara tetap di kawasan ini untuk menahan mereka yang terbabit," katanya kepada Bernama di sini pada Khamis.
Ahmad Fahmi juga menggesa rakyat Malaysia yang melawat Narathiwat untuk berhati-hati dan mengelakkan perkampungan nelayan itu bagi mengelak daripada kemungkinan menghadapi sebarang masalah.
Perkampungan nelayan ini popular dalam kalangan pelancong Malaysia kerana makanan lautnya.
"Saya berharap pelancong Malaysia yang kerap melancong ke Narathiwat akan terus berwaspada dan mematuhi nasihat ini untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.
Awal minggu ini, Ketua Polis Daerah Narathiwat Kolonel Pratya Baite memberi amaran kepada pelancong agar tidak melawat perkampungan nelayan itu yang dikenal pasti sebagai kawasan panas narkotik oleh pihak berkuasa Thailand.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#perkampungan nelayan
#Narathiwat
#kawasan panas dadah
#kawasan panas narkotik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan