PUTRAJAYA: Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian McFeeters menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memohon biasiswa Fulbright dan memperoleh manfaat daripada program akademik dan penyelidikan terkemuka yang ditawarkan oleh universiti AS.
"Kampus di AS sangat pelbagai dan menawarkan rangkaian program pendidikan dan peluang pembelajaran yang tiada tandingannya," katanya pada Persidangan Ulang Tahun ke-60 MACEE-Fulbright Malaysia di sini hari ini, dan mengharapkan kerjasama lebih kukuh AS-Malaysia dalam pendidikan tinggi pada tahun-tahun akan datang.
Suruhanjaya Pertukaran Pendidikan Malaysia-Amerika (MACEE) telah diasaskan pada 28 Jan 1963 sebagai suruhanjaya binasional di Malaysia dan AS untuk mempromosikan pertukaran pendidikan dan kebudayaan antara dua negara di bawah Program Fulbright.
Sepanjang 60 tahun lepas, MACEE telah berjaya memudahkan pertukaran 1,000 rakyat Malaysia ke AS dan kira-kira 2,000 rakyat Amerika ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian tinggi, penyelidikan dan peluang pembangunan profesional.
Pada masa ini, terdapat sembilan program Fulbright untuk rakyat Malaysia dan tiga program untuk rakyat Amerika untuk belajar, mengajar atau menjalankan penyelidikan di institusi tuan rumah program tersebut.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal yang merasmikan majlis itu berkata universiti Malaysia digalakkan untuk meneroka kerjasama mendalam dengan AS bagi melengkapkan pelajar dan ahli akademik dengan pelbagai pendedahan dan pengalaman pembelajaran.
Mohammad Yusof berkata Malaysia sedang menuju ke arah mencapai objektif sebagai hab kecemerlangan pendidikan, Malaysia mesti mempertimbangkan proses pengantarabangsaan secara strategik melalui pemikiran yang teliti dengan mengambil kira kesan globalisasi yang meletakkan nilai tinggi kepada ekonomi pengetahuan.
"Kita perlu mengambil kesempatan daripada pemindahan pengetahuan antara negara dan permintaan untuk pendidikan tinggi melalui mobiliti individu yang mencari pendidikan tinggi berkualiti, dan perkongsian ini (MACEE) telah membantu dalam merealisasikan aspirasi tersebut," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 09 2023

Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian McFeeters menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memohon biasiswa Fulbright dan memperoleh manfaat daripada program akademik dan penyelidikan terkemuka yang ditawarkan oleh universiti AS.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kuasa legislatif berperanan bantu kukuhkan hubungan diplomasi Malaysia
Parlimen Malaysia sebagai bidang kuasa legislatif turut mempunyai peranan besar dalam memperkukuh dan menyuburkan hubungan diplomasi Malaysia dengan negara luar.

JPJ Perak keluarkan 10,568 saman dalam operasi khas motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengeluarkan 10,568 notis saman dalam Operasi Khas Motosikal 2023 bermula awal bulan ini.

Iran lancar satelit Noor-3 ke orbit di tengah ketegangan dengan AS
Bahagian aeroangkasa Pengawal Revolusi Iran (IRGC) telah melancarkan Noor-3 menggunakan roket Qassed.

Umar mahu kekal momentum rekod kebangsaan di Hangzhou
Umar nyatakan hasrat untuk mencapai sasaran masa di bawah 46 saat sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik temasya berkenaan.
AWANI 7:45 [27/09/2023] - Desas-desus rombakan Kabinet | Mangsa banjir di Kedah meningkat
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
Rombakan Kabinet, hanya desas-desus atau benar-benar akan berlaku?
Sukan pelayaran tuai emas pertama negara di Sukan Asia Hangzhou
Kerajaan persiapkan aset, tingkat siap siaga hadapi gelombang banjir
100 maut dalam kejadian kebakaran di majlis perkahwinan
#AWANInews
AWANI Ringkas: Rombakan Kabinet | Tidak perbincangan | Hadapi banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Hasil Perbendaharaan AS naik, ringgit ditutup rendah cecah 4.70
Pada 6 petang, ringgit turun ke paras 4.7055/7105 berbanding dolar AS daripada 4.6875/6915 pada akhir urus niaga semalam.

Rakyat Malaysia diseru mohon biasiswa Fulbright
Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Brian McFeeters menggesa lebih ramai rakyat Malaysia memohon biasiswa Fulbright.