awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia miliki pandangan progresif terhadap hala tuju negara - Tinjauan Ipsos

Bernama
Bernama
10/07/2025
00:10 MYT
Rakyat Malaysia miliki pandangan progresif terhadap hala tuju negara - Tinjauan Ipsos
Ipsos menjelaskan Malaysia perlu bersedia menghadapi sebarang gangguan dan kesukaran ketika dunia berdepan dengan semakin banyak ketidaktentuan dan cabaran-cabaran baharu. - Foto hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah rakyat Malaysia yang percaya keadaan negara sedang merosot, menurun sebanyak 12 peratus kepada 40 peratus tahun ini berbanding 52 peratus pada 2023, mencerminkan perubahan positif dalam pandangan masyarakat terhadap hala tuju negara.
Jumlah itu berada di bawah purata global, iaitu 57 peratus.
Berdasarkan tinjauan terkini daripada Firma Penyelidikan Pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos) berhubung pandangan rakyat Malaysia mengenai keadaan negara, rakyat mempunyai pandangan yang progresif mengenai keadaan semasa negara.
Menurut Ipsos dalam kenyataan semalam, di sebalik pandangan progresif itu, kira-kira dua per tiga rakyat Malaysia menganggap wujud jurang masyarakat yang ketara dan ketidakseimbangan ekonomi yang berat sebelah kepada golongan kaya dan elit politik.
"Situasi ini menunjukkan wujud keperluan untuk membina semula kepercayaan terhadap institusi dan ia berpotensi untuk menjadi pencetus kepada perubahan sosial.
"Dalam konteks ini, separuh daripada rakyat Malaysia percaya bahawa negara memerlukan seorang pemimpin yang tegas dan berani bertindak," menurut kenyataan itu.
Ipsos menjelaskan Malaysia perlu bersedia menghadapi sebarang gangguan dan kesukaran ketika dunia berdepan dengan semakin banyak ketidaktentuan dan cabaran-cabaran baharu.
"Dalam hal ini, usaha memupuk kesepaduan sosial menerusi kepimpinan yang berkesan akan menjadi faktor utama bagi mengharungi tempoh yang mencabar sekali gus menjamin masa depan yang stabil untuk semua rakyat Malaysia," menurut Ipsos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#tinjauan Ipsos
#hala tuju negara
#pandangan progresif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan