Rakyat Malaysia yang tinggal di Selatan Thailand, Singapura, Brunei dan wilayah Kalimantan di Indonesia perlu pulang ke negara ini untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata golongan terbabit (termasuk yang tinggal di wilayah Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun di Selatan Thailand) tidak layak menggunakan kemudahan mengundi secara pos seperti yang ditawarkan untuk rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.
Jelasnya perkara itu merupakan satu daripada tiga syarat yang ditetapkan SPR bagi membolehkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara pada hari pengundian PRU-13 menggunakan kemudahan undi pos.
Dua syarat lain adalah mereka mestilah merupakan pemilih berdaftar dan pernah berada di Malaysia atau kembali ke negara ini tidak kurang dari 30 hari dalam tempoh lima tahun sebelum pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa.
"SPR telah menetapkan syarat-syarat berkenaan bagi menunjukkan terdapat hubungan yang jelas antara warganegara Malaysia dan tanah airnya," katanya dalam satu kenyataan di sini Isnin.
Kamaruddin berkata rakyat Malaysia yang berdaftar sebagai pengundi biasa selain daripada Pengundi Tidak Hadir (PTH) yang berada di luar negara dan menepati syarat ditetapkan boleh memohon kemudahan mengundi secara pos menggunakan borang Borang 1B iaitu Borang Permohonan Kertas Undi Pos (Pengundi Pos Luar Negara) yang dimuat naik di laman sesawang www.spr.gov.my.
Katanya garis panduan untuk mengisi borang berkenaan juga boleh dimuat turun dari laman sesawang SPR.
Setiap borang permohonan yang diisi dengan lengkap boleh dihantar ke Ibu Pejabat SPR di Putrajaya melalui emel kepada [email protected], atau faks ke talian +603-8881 1201/1202/1187/1192.
Borang itu juga boleh dihantar melalui pos ke alamat Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Aras 4-5, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62690 Putrajaya (u.p: Unit Pengurusan Undi Pos Luar Negara).
Kamaruddin berkata setiap permohonan yang diterima akan diproses oleh SPR dan pemohon akan dimaklumkan statusnya sama ada lulus atau sebaliknya.
"Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa menyemak status permohonan melalui laman sesawang SPR," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa permohonan mengundi pos dari luar negara akan ditutup pada hari pembubaran Parlimen, dan permohonan yang diterima selepas jam 12 tengah malam hari tersebut tidak akan diproses.
Dalam pada itu, Kamaruddin turut menasihatkan semua warganegara Malaysia yang mendaftar sebagai PTH di luar negara untuk mengemas kini maklumat masing-masing melalui laman sesawang SPR.
"Ia bagi memudahkan penghantaran Sampul Keutamaan yang mengandungi kertas undi kepada mereka nanti," katanya.