awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat Malaysia terkandas boleh dibawa pulang dengan kebenaran negara terlibat

Astro Awani
Astro Awani
13/04/2020
08:11 MYT
Rakyat Malaysia terkandas boleh dibawa pulang dengan kebenaran negara terlibat
Ismail Sabri menjelaskan, penerbangan khas berkenaan akan diuruskan oleh Kementerian Pengangkutan. Gambar/ Bernama.
Kos membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara akan ditanggung individu berkenaan sekiranya kerajaan diberi kebenaran untuk membawa mereka pulang.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, penerbangan khas akan diuruskan oleh Kementerian Pengangkutan bagi tujuan berkenaan.
"Wisma Putra sentiasa berbincang dengan pihak berkuasa negara yang terbabit bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas.
"Sekiranya kerajaan diberi kebenaran untuk membawa mereka pulang, kos perlu ditanggung oleh individu yang terbabit dan penerbangan khas akan diuruskan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT)," katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.
Justeru, rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara dan berhasrat untuk pulang dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Malaysia yang terdekat.
"Kementerian Luar sentiasa komited dalam memastikan kebajikan mereka diberi keutamaan. Bagaimanapun, urusan untuk membawa mereka pulang masih tertakluk kepada peraturan negara yang terbabit. Ini kerana terdapat negara yang telah menguatkuasakan sekatan perjalanan dan membatalkan semua penerbangan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19," tambahnya lagi.
Mereka yang berada di negara terbabit dinasihatkan tinggal di negara tersebut sehingga keadaan pulih.
"Kita ada dengar rakyat kita termasuk pelajar yang pulang melalui penerbangan khas. Namun seperti biasa, kita nasihatkan supaya kalau boleh tinggal di negara tersebut sehingga keadaa pulih," ujarnya.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Luar
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#menteri
#pelajar
#penerbangan
#rakyat
#rakyat Malaysia
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan