KUALA LUMPUR: Pengembara dari Malaysia yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin untuk memasuki India berkuat kuasa Isnin (14 Feb), menurut Suruhanjaya Tinggi India ke Malaysia.
Selain itu, Ujian RT-PCR COVID-19 prapenerbangan juga tidak wajib bagi pengembara lengkap divaksin yang tiba di India dari Malaysia.
"Sebagai pemacu vaksinasi terbesar di dunia, bermula dengan vaksin Aatmanirbhar India, dan protokol COVID-19 ditetapkan, India melonggarkan sekatan perjalanan untuk pelancong yang datang ke India dari Malaysia.
"Suruhanjaya Tinggi India mendoakan keselamatan dan pengalaman yang tidak mungkin dilupakan di India untuk pengembara Malaysia," menurut Suruhanjaya Tinggi itu menerusi catatan Facebook.
Meskipun tiada pengiktirafan rasmi bersama bagi pensijilan COVID-19 yang ditandatangani antara Malaysia dan India, kedua-dua kerajaan mengiktiraf sijil vaksinasi dalam amalan diplomatik dan di lapangan.
Pintu pelancongan India dibuka semula pada 15 Nov bagi ketibaan dari semua negara dengan beberapa sekatan bergantung dari mana pengembara berlepas.
Menurut laporan di CNN Travel, penerima vaksin yang diiktiraf WHO atau di negara yang mempunyai perjanjian pengiktirafan bersama sijil vaksin dengan India tidak perlu mengemukakan ujian semasa ketibaan berkuat kuasa Isnin.
Setakat 10 Februari, senarai itu merangkumi 82 negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) dan mereka yang tidak memenuhi syarat masih perlu melakukan ujian.
Laporan itu turut menyatakan mulai Isnin, tiada kuarantin sejurus ketibaan dan penumpang antarabangsa diminta "memantau sendiri kesihatan mereka" selama 14 hari selepas ketibaan.
Semua penumpang dinasihatkan menyemak garis panduan perjalanan yang dikemas kini di https://mohfw.gov.in.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 14 2022
Pintu pelancongan India dibuka semula pada 15 Nov bagi ketibaan dari semua negara dengan beberapa sekatan bergantung dari mana pengembara berlepas. - Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.
Harimau Muda atasi India 2-1
Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Doktor terpendek di dunia
Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Pelan Tindakan Masyarakat India akan diteliti semula
Satu sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan fokus akan diadakan bulan ini.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.