Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu semua lapisan rakyat pelbagai kaum di Malaysia terus bersama-sama mencurahkan khidmat bakti dalam membangunkan negara bagi membolehkan generasi akan datang merasai nikmat pembangunan dan kemakmuran dikecapi kini.
Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia 2019 yang disambut Isnin, Mohd Shafie berkata, khidmat bakti dicurahkan kepada negara adalah penting untuk diterjemahkan oleh semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan kepercayaan menerusi tindakan dan bukan hanya melalui laungan lagu atau lontaran suara semata-mata.
"Khidmat bakti, kita curahkan segala-galanya untuk membangunkan negara ini sebagai sebuah negara yang boleh dihuni oleh masyarakat pelbagai anutan agama dan kaum supaya generasi akan datang mendapat manfaat jauh lebih baik daripada apa yang kita rasa hari ini.
"Sehubungan itu, saya amat berharap, bersempena Hari Malaysia ke-56 ini, selaku rakyat Malaysia kita curahkan khidmat bakti kita sebaik mungkin untuk membangunkan dan memajukan negara kita agar rakyat yang ada di negara dan negeri ini terus hidup dalam keadaan aman sejahtera dan makmur," katanya.
Mohd Shafie berkata Malaysia pada hari ini adalah jauh berbeza berbanding di awal pembentukan negara pada 16 Sept 1963, yang mana pada ketika itu, rakyat berada dalam keadaan daif bukan hanya daripada sudut prasarana tetapi juga pembangunan kemudahan asas untuk kesihatan dan pendidikan.
"Kita sedar dan tahu banyak lagi yang perlu dilakukan, tapi dalam jangka masa 56 tahun kita sebagai sebuah negara bukan hanya telah berjaya dalam memupuk perpaduan, malah mengekalkan kesatuan dalam kepelbagaian kaum, budaya dan agama," katanya.
Mohd Shafie turut mengucapkan selamat menyambut Hari Malaysia Ke-56 kepada seluruh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 15 2019
Shafie Apdal berharap, bersempena Hari Malaysia ke-56 ini, selaku rakyat Malaysia kita curahkan khidmat bakti kita sebaik mungkin untuk membangunkan dan memajukan negara kita - Astro AWANI
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah
Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung
Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata
Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India
Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV
Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
U Mobile buka kedai pertama di Sabah
pembukaan kedai U Mobile pertama di Sabah adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan penduduk negeri itu dapat menikmati perkhidmatan pelanggan serta rangkaian produk inovatif U Mobile.
Sarawak mampu jadi rakan niaga yang baik - Duta Turkiye
Sarawak mampu menjadi rakan niaga yang baik untuk Turkiye mengembangkan perniagaan, kata Duta Turkiye ke Malaysia Emir Salim Yuksel.
Penganjur sedia bekerjasama dengan KKD jadikan 'Keretapi Sarong' acara Bulan Kebangsaan
Penganjur program Keretapi Sarong sedia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Digital bagi menjadikan program itu sebahagian aktiviti Bulan Kebangsaan.
Sambutan Hari Malaysia 2023 berjaya zahir semangat 'Segulai Sejalai'
Sambutan kali ini bertepatan dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengangkat perpaduan sebagai kunci utama kestabilan negara.
Teater muzikal 'Segulai Sejalai' mempesona, terima tepukan gemuruh
Persembahan 20 minit itu mengisahkan perjalanan sejarah di Semenanjung, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut kemerdekaan hingga kini.
Perhimpunan guna sentimen patriotisme palsu boleh cetus ideologi tidak sihat - Ahli akademik
Hari Malaysia sewajarnya diraikan dengan penuh semangat perpaduan serta kebersamaan, bukannya dicemari dengan perhimpunan yang boleh mengganggu-gugat keselamatan negara.
Ketepi perbezaan, lebih 10,000 rakyat Malaysia rai perpaduan, meriahkan 'Keretapi Sarong 2023'
Lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum tampil menyertai program persembahan kilat berkumpulan, 'Keretapi Sarong 2023' (KS2023) sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, hari ini.
P. Pinang terus sokong usaha kerajaan pusat laksana agenda pembangunan
Pulau Pinang akan terus teguh menyokong usaha kerajaan Pusat merancang dan melaksanakan agenda pembangunan negara yang mampan.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Perpaduan kaum di Kelantan boleh dijadikan contoh - MB
Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berharap konsep perpaduan kaum di negeri ini dapat dijadikan sebagai contoh dalam mengukuhkan lagi penyatuan pelbagai bangsa di Malaysia.
Tarian Ayam Didik, lagu Negaraku hiasai sambutan Hari Malaysia di Estonia
UniMAP berasa bangga dan teruja, apabila dapat mempersembahkan tarian Ayam Didik, Silat Tari dan menyanyikan lagu Negaraku sempena sambutan Hari Malaysia, di ibu negara Estonia, Tallinn.