awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rakyat perlu bebas daripada dijajah ideologi, ekonomi - Ahmad

Bernama
Bernama
16/08/2019
05:21 MYT
Rakyat perlu bebas daripada dijajah ideologi, ekonomi - Ahmad
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, Ahmad berkata, kerajaan perlu mengisinya dengan pelbagai acara yang memberikan kesedaran dan peringatan tentang makna kemerdekaan yang sebenar. - Gambar hiasan
Kelalaian masyarakat dalam mempertahankan erti sebenar kemerdekaan boleh menyebabkan mereka kembali terjajah dalam bentuk penjajahan ideologi dan ekonomi, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Ahmad berkata, justeru sempena sambutan Bulan Kebangsaan, kerajaan perlu mengisinya dengan pelbagai acara yang memberikan kesedaran dan peringatan tentang makna kemerdekaan yang sebenar.
"Ini kerana, kita bukan sahaja berhadapan dengan golongan yang lupa dengan makna kemerdekaan tetapi kita juga berhadapan dengan mereka yang lalai tentang hakikat menjadi seorang negarawan yang baik.
"Dalam hal ini, kelalaian itu bukan sahaja membawa kita mempersiakan negara tercinta ini tetapi turut melupakan diri dan tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan negara daripada dijajah kembali sama ada penjajahan berbentuk ideologi dan penjajahan ekonomi," katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 peringkat Kelantan kali ke-62 bertemakan 'Sayangi Malaysiaku: Malaysiaku Bersih' di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini, hari ini.
Teks ucapan perasmian beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
Yang turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), yang juga Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal, Ketua Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 Mohd Roffee Mohamad, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan Amir Zakri Mahmad Mahyidin dan Pengarah Jabatan Penerangan (Japen) Kelantan, Lim Ann Teck.
Kembara Merdeka Jalur Gemilang memasuki edisi ke-17 penganjurannya pada tahun ini membabitkan 62 kenderaan terdiri daripada 17 pacuan pelbagai agensi kerajaan dan 45 motosikal berkuasa tinggi membabitkan 133 peserta.
Konvoi akan menelusuri seluruh negara membabitkan laluan sejauh 6,200 kilometer merangkumi 62 perhentian di peringkat negeri, daerah dan komuniti termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Bulan Kebangsaan
#dijajah
#ekonomi
#Jalur Gemilang
#kelalaian
#Kembara Merdeka
#kerajaan
#makna kemerdekaan
#Menteri Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan