Rakyat di negara ini tidak perlu cepat melenting dengan langkah rasionalisasi subsidi gula yang diperkenalkan kerajaan, sebaliknya perlu melihat perkara itu dari sudut positif.
Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali berkata penghapusan subsidi gula sebanyak 34 sen tidak harus dilihat sebagai membebankan rakyat kerana ia sebaliknya mampu memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat, terutama dalam aspek kesihatan.
"Berdasar kajian pada 1970-an, rakyat Malaysia guna 17 sudu teh gula sehari dan ia terus meningkat sehingga 2008 apabila dilaporkan rakyat negara ini menggunakan 25 sudu gula sehari, bersamaan 750 sudu teh sebulan.
"Ini sangat membimbangkan kerana gula ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit, seterusnya akan meningkatkan subsidi ubat-ubatan," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di sini semalam.
Lebih membimbangkan, kata Dr Noor Azmi, kebanyakan rakyat tidak sedar mengenai tahap pengambilan gula mereka sehingga memudaratkan diri dan menyebabkan pelbagai penyakit lain termasuk obesiti, darah tinggi dan sakit buah pinggang.
"Apa yang dilaksanakan kerajaan ini satu tindakan bijak demi kesihatan rakyat di masa akan datang...jadi apa salahnya melakukan satu perubahan kecil yang mampu menyelamatkan nyawa kita," katanya.
Sementara itu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Baharu) ketika membahaskan rang undang-undang sama berpendapat pemansuhan subsidi gula perlu disusuli liberalisasi pasaran bagi memastikan tiada monopoli bekalan dan harga komoditi itu.
"Maknanya bila tidak diberi subsidi pada gula, haruslah kita buka import supaya gula yang diproses boleh diperoleh dari negara berdekatan seperti Thailand.
"Kita juga tidak akan lihat pakatan antara mana-mana pihak untuk menentukan bekalan atau harga gula," katanya berhubung penghapusan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 Jumaat lepas, yang menyaksikan komoditi itu kini dijual pada RM2.84 sekilogram.
Mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Datuk Chua Tee Yong (BN-Labis) berkata kajian untuk melihat impak GST terhadap orang ramai perlu dibuat bagi mempastikan masyarakat tidak dikelirukan pihak tidak bertanggungjawab berhubung pelaksanaan cukai itu.
Selain itu, beliau mencadangkan supaya diwujudkan talian hotline atau laman web serta pusat GST di setiap negeri untuk membekalkan maklumat secara meluas mengenai GST kepada rakyat.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung hari ini.
Bernama
Wed Oct 30 2013
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Palanivel : MIC perlu RM3 bilion
Apa yang diperuntukan kerajaan ketika ini masih tidak mencukupi untuk membolehkan masyarakat India keluar daripada belenggu kemiskinan, tambah Palanivel.
Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum - MP
Perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.
Usaha tambah baik kewangan awam bantu kukuhkan pasaran saham
Usaha kerajaan untuk menambah baik kewangan awam seperti yang dibayangkan dalam Bajet 2014 akan mengukuhkan lagi pasaran saham dan pasaran pertukaran asing.
Hujung minggu bersama Suhaimi Sulaiman
Ketua Pengarang Kumpulan Astro AWANI, Suhaimi Sulaiman bersembang dengan salah seorang penggiat industri fesyen dan melihat pandangannya mengenai Bajet 2014.
GST: Barangan bercukai dan tidak bercukai
Sepintas lalu barangan bercukai dan tidak bercukai selepas perlaksanaan GST di Malaysia, ASEAN dan negara lain.
Bajet dan nasihat Nabi Shu'aib
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengupas soal pengurusan ekonomi dengan menggali pesan-pesan yang ditinggalkan oleh Nabi Shu'aib.
Bajet, GST dan moral
Dr. Mujahid Yusof Rawa memberikan pandangannya tentang Bajet 2014 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.
GST: Kerajaan perlu sedia mekanisme elak bebanan rakyat
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berpendapat satu mekanisme mengelak bebanan rakyat ekoran pengenalan GST perlu disediakan kerajaan.
Bajet 2014 tidak beri impak ke atas penarafan
Standard & Poor's Ratings Services berkata cadangan kerajaan Malaysia dalam Bajet 2014 tidak memberi impak ke atas prospek negara ini.
Bursa Malaysia beri reaksi positif
Pembentangan Bajet 2014 memberi ransangan kepada Bursa Malaysia untuk didagang positif sepanjang minggu ini.