awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Rakyat yang tentukan KPI saya" - PM Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
03/10/2021
13:58 MYT
"Rakyat yang tentukan KPI saya" - PM Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata, beliau menyedari harapan tinggi yang dizahirkan rakyat terhadap kerajaan dan dirinya.
KUALA LUMPUR: “Tidak ada sesiapa kecuali rakyat yang tentukan KPI (Indeks Prestasi Utama) saya,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Biarpun begitu, Ismail Sabri berkata, beliau menyedari harapan tinggi yang dizahirkan rakyat terhadap kerajaan dan dirinya, terutamanya dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka yang terjejas akibat krisis ekonomi dan kesihatan, susulan pandemik COVID-19 di negara ini.
“Pertama, rakyat ingin melihat isu COVID-19 diselesaikan. Kedua, rakyat mahu lihat ekonomi dipulihkan (segera), supaya mereka dapat jalani kehidupan lebih baik berbanding ketika pandemik melanda negara ini.
“Apa yang saya mahu lihat, adalah penyatuan rakyat Malaysia ini. Seperti yang saya katakan, kita perlu hidup sebagai satu keluarga, lupakan perbezaan agama, kaum, malah fahaman politik perlu diketepikan,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, dengan mengenepikan perbezaan, rakyat akhirnya dapat bersama-sama, berganding bahu untuk membangunkan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi.
Beliau berkata demikian dalam program wawancara khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri, yang disiarkan di Astro AWANI, TV3, dan RTM pada Ahad malam.
Topic Berkaitan
#Eksklusif bersama Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#KPI
#rakyat Malaysia
#Keluarga Malaysia
#Indeks Prestasi Utama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan