KUALA LUMPUR: Sekatan pergerakan penuh fasa pertama yang berkuat kuasa selama dua minggu mulai hari ini mendapat sokongan kebanyakan rakyat yang sehaluan dengan kerajaan untuk melihat pengurangan kes COVID-19 yang meragut banyak nyawa.
Dalam satu kaji selidik Bernama yang melibatkan 1,251 responden mendapati 95.3 peratus bersetuju terhadap pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa di seluruh negara.
Kaji selidik yang dijalankan secara dalam talian melibatkan responden daripada pelbagai kaum dan jantina berumur antara 18 hingga 61 tahun dari seluruh negara.
Seramai 1,213 orang atau 97 peratus responden yakin bahawa sekatan dapat mengurangkan jangkitan kes COVID-19 yang kini sangat membimbangkan.
Seramai 1,138 responden mengakui bahawa sekatan pergerakan penuh adalah baik untuk kesihatan dan hanya sembilan peratus menyatakan sebaliknya.
Responden yang menyertai kaji selidik itu merupakan penjawat awam dan badan berkanun (600), swasta (395), bekerja sendiri (124), tidak bekerja (104) dan pelajar (44) yang menetap di kawasan bandar, luar bandar, pinggir bandar serta pedalaman. Mereka berpendidikan daripada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sehingga Ijazah Doktor Falsafah.
Ditanya adakah sekatan pergerakan selama 14 hari itu akan menjejaskan pendapatan keluarga, maklum balas yang diterima mendapati sebanyak 52.2 peratus responden mengakuinya.
Kaji selidik itu juga mendapati 64.7 peratus responden bimbang sekatan pergerakan penuh akan mengakibatkan mereka hilang sumber pendapatan, 54.6 peratus risau keperluan asas tidak mencukupi manakala 44 peratus khuatir bakal mengalami kemurungan atau depresi.
Responden juga melahirkan harapan agar kerajaan dapat memberikan moratorium secara bersasar sebagai bantuan kelangsungan hidup, selain mengharapkan diskaun bil utiliti dan sokongan psikologi.
Menariknya, 81.9 peratus daripada responden mengakui bahawa sekatan pergerakan penuh dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan memandangkan ibu bapa dapat bersama dengan anak-anak di bawah satu bumbung untuk tempoh lebih lama atau kerap.
Dalam kaji selidik itu juga, 43.6 peratus setuju sekatan pergerakan penuh dibuat selama 30 hari, manakala 31 peratus berpandangan 14 hari sudah memadai sementara 25.4 peratus merasakan 21 hari tempoh paling sesuai.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 01 2021
Kaji selidik itu juga mendapati 64.7 peratus responden bimbang sekatan pergerakan penuh akan mengakibatkan mereka hilang sumber pendapatan. - Foto fail
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Intan Najuwa selamat bersalin anak sulung, beri nama Imane Lunara
PELAKON Datin Intan Najuwa selamat melahirkan cahaya mata sulungnya dan memberi nama Imane Lunara.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.