KUALA LUMPUR: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dan Terengganu bermula 31 Disember manakala di Pahang dan Johor mulai 1 Januari.
PRABN di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan itu berikutan amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam.
Menurut pemakluman yang disiarkan di laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, daerah di Pahang yang diramal banjir adalah Maran, Temerloh, Jerantut dan kawasan sekitar, Kuantan (Sungai Lembing) serta Rompin manakala di Johor, Mersing serta kawasan sekitarnya.
Di Kelantan, kawasan diramal banjir adalah Gua Musang, Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Machang dan kawasan sekitar; Tanah Merah (Jenob) dan Pasir Mas (Rantau Panjang) serta kawasan sekitar.
Selain itu, banjir juga diramal di Terengganu melibatkan Besut, Hulu Terengganu dan Dungun serta kawasan sekitar daerah-daerah berkenaan.
"Semua agensi pengurusan bencana serta penduduk terutamanya di kawasan yang dijangka banjir diminta berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa," katanya.
Maklumat dan amaran semasa boleh diakses menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, media sosial Facebook PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
PRABN di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan itu berikutan amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia semalam. - Gambar hiasan
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
JPS ramal banjir di Rompin pada Khamis
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan kemungkinan berlakunya banjir di dua lokasi di Rompin mulai 6 petang, Khamis ini.
Ramalan awal banjir: Pahang, Johor bermula 1 Januari, Kelantan dan Terengganu 31 Disember ini - PRABN
PRABN di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan itu berikutan amaran hujan berterusan peringkat waspada.
MetMalaysia antara terbaik, perlu teroka pelbagai produk dengan ramalan lebih spesifik - Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), yang kini berada dalam kalangan terbaik di Asia Tenggara, harus meneroka peluang untuk mempelbagaikan produknya dengan membuat ramalan lebih spesifik.
EPL: United kedua, Liverpool di tangga keenam - Ramalan
Manchester City yang berjurang 11 mata di tangga teratas, dijangka tidak mampu digugat untuk mendakap trofi juara semula.
Banjir di semua negeri terjejas semakin pulih
Situasi bencana banjir yang melanda Sabah dan Sarawak awal minggu ini dilaporkan semakin pulih dengan jumlah mangsa yang semakin berkurangan di kedua-dua negeri itu hari ini.
Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia
Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti sebelum ini.
PRAB mampu ramal banjir tujuh hari sebelum kejadian - JPS
Teknologi inovatif dan sistem komprehensif PRAB memberikan manfaat kepada agensi berkepentingan juga komuniti terkesan.
10 ramalan bola sepak dunia tahun 2019
Ke manakah Jose Mourinho selepas ini? Siapakah bakal juarai Liga Juara-Juara Eropah? Apa nasib Neymar? Banyak yang boleh dijangkakan untuk 12 bulan akan datang.
Tiga sekolah rendah di Miri ditutup
Ribut petir dijangka akan berlaku di satu atau dua tempat di pedalaman pada sebelah petang manakala pada sebelah malam hujan di satu atau dua tempat di pedalaman.
MET ubah amaran warna kepada bertulis - Madius
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Melaysia) akan menukar cara penyampaian berlaku fenomena di negara ini daripada warna kepada amaran bertulis.