NATIONAL
Ramaphosa berseloroh dengan Trump: 'Maaf, saya tiada pesawat untuk diberikan kepada anda'
WASHINGTON: Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa pada Rabu secara berseloroh meminta maaf kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semasa pertemuan mereka di White House, dengan menyatakan beliau tidak mempunyai pesawat untuk dijadikan hadiah.
"Maaf, saya tiada pesawat untuk diberikan kepada anda," kata Ramaphosa ketika mesyuarat dua hala dan jamuan tengah hari di Pejabat Oval.
"Saya harap anda ada. Saya akan terima. Jika negara anda menawarkan pesawat kepada Tentera Udara Amerika Syarikat, saya akan menerimanya," balas Trump, menurut laporan Anadolu Ajansi (AA).
hadiah daripada Qatar, telah diterima untuk digunakan sebagai pesawat Air Force One yang baharu.
Pertukaran itu berlaku sejurus selepas Pentagon mengesahkan bahawa sebuah jet mewah Boeing 747, Pesawat itu, yang dilaporkan bernilai US$400 juta, telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan penggubal undang-undang Republikan dan Demokrat mengenai implikasi etika dan undang-undangnya.
Pengkritik mempersoalkan sama ada hadiah sedemikian boleh menjejaskan pendirian berkecuali diplomatik AS atau mencetuskan duluan yang membimbangkan dalam urusan antarabangsa.
Pengumuman Pentagon itu, yang dibuat ketika Trump menjadi hos kepada Ramaphosa, menambahkan lagi kontroversi mengenai isu berkenaan.
Trump tidak mengulas secara langsung terhadap kritikan itu, namun pemberian itu telah mencetuskan semula perbahasan mengenai ketelusan protokol pertahanan dan diplomatik AS.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami