Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy diingatkan tidak mengaitkan isu cadangan menjadikan negeri itu sebagai penempatan Rohingya dengan 'Projek IC' yang didakwa strategi politik oleh Kerajaan Pusat.
Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sikap melihat semua perkara melalui 'perspektif politik' seperti yang dilakukan Ramasamy itu dilihat tidak menguntungkan sesiapa.
"Saya ingin menzahirkan rasa kesal dan membidas sekeras-kerasnya 'posting' di dalam akaun Facebook Ramasamy yang membuat andaian jahat bahawa cadangan menempatkan pelarian Rohingya di Pulau Pinang sebagai strategi politik kerajaan Pusat.
"Isu berkaitan kemungkinan Pulau Pinang dijadikan penempatan sementara ini tidak wajar menjadikan DAP tak karuan dan fobia tidak menentu. Sikap melihat semua perkara dan isu melalui 'perspektif politik' ini tidak menguntungkan sesiapa.
"Saya hendak tegaskan bahawa mengaitkan masalah nyawa, hidup dan mati pelarian Rohingya ini dengan 'Projek IC' adalah satu tuduhan yang sangat melampau dan tidak ada adab," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Catatan di laman Facebook Ramasamy yang mendakwa Kerajaan Pusat mempunyai muslihat lain dalam memilih Pulau Pinang sebagai lokasi penempatan pelarian Rohingya - Sumber gambar Facebook
BACA: Wahai pembangkang, sila buka mata isu 'Projek IC' - Bung Mokhtar
Pada Isnin Ramasamy membuat catatan di laman Facebooknya dan menyatakan Kerajaan Pulau Pinang tidak akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan jika Rohingya ditempatkan di negeri itu.
"Kami telah diberitahu bahawa Pulau Pinang diberikan sumber yang terhad dan kekurangan tanah tidak sesuai untuk menempatkan Rohingya dan Bangladesh.
"Kami tidak menentang bantuan kemanusiaan atau hak asasi manusia. Tetapi mengapa semua tempat-tempat yang dipilih Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Pulau Pinang? Adakah dia mempunyai motif tersembunyi? Adakah terdapat percubaan jahat untuk memberi IC kepada pelarian Rohingya dan Bangladesh?" kata Ramasamy dalam catatan berkenaan.
BACA: Rohingya: Tuntut kerjasama Persekutuan dan Negeri atas dasar perikemanusiaan - Reezal
Sementara itu Reezal mempersoalkan pendirian Ramasamy dengan gambaran sikap sebenar DAP dalam isu kemanusiaan.
"Apakah nyawa pelarian Rohingya tidak ada nilai kepada Ramasamy dan pimpinan DAP? Apakah kumpulan manusia yang sedang bertarung nyawa di lautan tidak penting kepada mereka? Apa logiknya dalam isu yang dilihat masyarakat serantau dan seluruh 'dunia' pada ketika ini; untuk dikaitkan dengan 'Projek IC 2'? Kenyataan itu tidak sewajarnya dibangkitkan sama sekali.
"Tidak perlu mengaitkan pelarian Rohingya dengan isu politik. Kalaupun takut dengan bayang-bayang sendiri; DAP boleh menjadi anggota kepada jawatankuasa kerjasama Pusat dan Negeri; jika cadangan itu mahu direalisasikan. Itu lebih membawa manfaat.
"Saya hendak ingatkan pimpinan DAP Pulau Pinang, belajarlah menjadi manusia yang rendah diri dan tidak biadap. Usaha ini di peringkat kajian dan cadangan; lihat dan nilaikan dahulu. Nyawa pelarian Rohingya mesti dilihat sebagai prioriti dan bukan pandangan jumud Ramasamy," jelasnya.
BACA: Pulau Pinang diminta tunjuk keikhlasan bantu pelarian - Ahmad Zahid
Dalam pada itu, Reezal turut meminta, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mendispinkan pimpiman DAP yang celupar.
"Jangan buat kenyataan bodoh yang mengaitkan Rohingya dengan projek politik.
"Ada ketika, kita mesti lenturkan sedikit perbezaan ideologi demi isu kemanusiaan. Ianya mesti bermula dengan sikap dan perspektif yang betul.
"Ramasamy ini mewakili pemikiran yang bukan sahaja dangkal; malah biadap dan 'buta hati'," ujarnya.
BACA: "Zahid tolong jangan politikkan isu Rohingya" - Lim Guan Eng
Reezal sebelum ini dilaporkan berkata, isu Rohingya melibatkan banyak negara dan memerlukan penyelesaian jangka panjang dan bukan bersifat sambil lewa.
Astro Awani
Tue May 26 2015
REEZAL: 'Ramasamy, jangan kaitkan isu kemanusiaan Rohingya dengan Projek IC' - Gambar fail
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
'Ramasamy, jangan kaitkan isu kemanusiaan Rohingya dengan Projek IC' - Reezal
P. Ramasamy diingatkan tidak mengaitkan isu cadangan menjadikan negeri itu sebagai penempatan Rohingya dengan 'Projek IC' yang didakwa strategi politik oleh Kerajaan Pusat.
Laporan RCI: Tiada 'Projek IC' di Sabah
Laporan RCI mendapati tidak wujud pemberian kad pengenalan secara meluas atau 'Projek IC' sepertimana didakwa sebelum ini.