awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ramli Yusuff saman fitnah Musa Hassan

Astro Awani
Astro Awani
28/02/2013
11:26 MYT
Ramli Yusuff saman fitnah Musa Hassan
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Ramli Yusuff hari ini memfailkan saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan atas kenyataan beliau dalam satu sidang akhbar tahun lepas.
Ramli, 61, mendakwa kenyataan oleh Musa, yang telah diterbitkan oleh media massa, termasuk Free Malaysia Today (FMT) merupakan ‘fitnah dan pembohongan’.
Saman itu difailkan pagi ini di Mahkamah Shah Alam Tinggi melalui firma guaman Vin Partnerships.
Dalam pernyataan tuntutannya, Ramli mendakwa bahawa Musa berkata beliau dianggap sebagai "white knight (kesatria putih)" dan dirinya "black knight (kesatria hitam)" dalam sidang akhbar 10 Disember telah mencemarkan reputasi beliau.
Ramli juga mendakwa kenyataan Musa telah menggambarkan beliau sebagai seorang yang "tidak jujur, korup, dan telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum" serta "telah mengumpul kekayaan dengan membuat pengisytiharan palsu mengenai aset beliau".
Ramli juga mendakwa kenyataan Musa berniat jahat dan bertujuan memalukan Ramli di mata umum dan dibenci ramai.
Musa juga didakwa mengejar publisiti murahan untuk tujuan politik dan lain-lain.
Ramli berkata bahawa Musa telah mengeluarkan kenyataan walaupun Ramli telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan.
Saman itu juga menegaskan bahawa Ramli telah membuat 35 pengisytiharan aset dalam kerjayanya sebagai seorang pegawai polis dan semuanya diluluskan oleh KPN, timbalan KPN, Kementerian Dalam Negeri.
Ramli juga mendakwa beliau tidak diberi peluang untuk membela dirinya dan kenyataan Musa telah menjejaskan kepentingan keluarga dan perniagaan beliau.
Ramli telah memohon satu jumlah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, yang tidak disebut dalam samannya.
Beliau juga memohon injunksi untuk menghalang Musa dari mengulangkan kata-kata "fitnah" itu.
Topic Berkaitan
#fmt
#Musa Hassan
#Ramli Yusuff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan