GEORGE TOWN: Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan ganja dalam kubur Cina di Mount Erskine, Pulau Tikus di sini bagi mengelak dikesan pihak berkuasa berjaya dibongkar polis dalam siri serbuan selepas menahan dua lelaki tempatan dan merampas dadah bernilai RM496,088 pada Rabu dan Khamis lepas.
Dalam siri serbuan itu, pihak polis berjaya merampas antaranya 100 bungkusan ganja mampat yang disembunyikan dalam sebuah kubur Cina lama yang dipercayai dikorek lubang kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan stok ganja tersebut.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata dalam siri serbuan itu, pihak polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 50 tahun di tepi jalan di kawasan Estate Hong Seng pada 4 petang dan merampas ganja seberat 7.82 gram (g) bersamanya.
"Polis kemudiannya menahan seorang lelaki berumur 35 tahun kira-kira 300 meter dari tempat suspek pertama ditahan dan merampas ganja serta syabu bernilai hampir RM10,000," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya lelaki kedua itu seterusnya membawa pasukan polis ke sebuah pondok dalam hutan di perkampungan Estate Hong Seng dan polis merampas 45 bungkusan ganja mampat seberat hampir 50 kilogram (kg) di situ.
Razlam berkata kesemua ganja bernilai RM154,869 itu disembunyikan dalam dua guni dan disimpan di pondok tersebut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Katanya hasil soal siasat, lelaki pertama yang ditahan itu kemudiannya membawa pihak polis ke kawasan tanah perkuburan Cina di situ dan menemukan 100 bungkusan mampat ganja seberat 102.9kg bernilai RM331,272 yang disorok dalam sebuah kubur di situ.
"Kubur itu merupakan kubur lama dan jauh dari kawasan perkuburan baharu di situ, sindiket tersebut dipercayai mengorek lubang dalam kubur itu kira-kira 60 sentimeter untuk menyimpan ganja-ganja tersebut," katanya.
Beliau berkata berdasarkan siasatan, kedua-dua lelaki itu dipercayai daripada rangkaian sindiket yang sama dan mereka bergiat aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak Disember lepas.
Katanya mereka dipercayai mendapat bekalan ganja dari negara jiran dan semua ganja tersebut adalah untuk bekalan pasaran tempatan.
"Dua lelaki yang tidak bekerja dan positif dadah serta mempunyai pelbagai rekod lampau itu kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 27 2024
Ramzam (tiga, kiri) ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hari ini. - Foto Bernama
Daftar pemilih tambahan April 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Daftar Pemilih Tambahan Bulan April 2024 diperaku dan diwartakan hari ini, dan semakan dibuka selama 30 hari hingga 19 Jun ini.
Lelaki ceroboh Balai Polis Dato' Keramat dituduh halang tugas penjawat awam
Seorang penjaga parkir mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan menghalang tugas anggota sentri berpangkat Lans Koperal di Balai Polis Dato' Keramat.
KL dinobat bandar raya kedua terhebat di Asia Tenggara
Kuala Lumpur dinobatkan sebagai bandar raya kedua terhebat di rantau Asia Tenggara selepas Singapura yang disenaraikan dalam Indeks Bandar Global Oxford Economics 2024.
Penumpang pesawat SIA meninggal dunia selepas pesawat alami gelora udara
Seorang penumpang pesawat SIA dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Heathrow London ke Lapangan Terbang Changi di Singapura pada Selasa.
Permodalan pasaran Bursa Malaysia, FBM KLCI capai satu lagi paras tertinggi
Permodalan pasaran keseluruhan Bursa Malaysia dan dagangan indeks barometer mencapai satu lagi paras tertinggi setakat ini bagi tahun ini.
Lebih 33,000 orang terjejas akibat cuaca buruk di Sri Lanka
Monsun barat daya secara beransur-ansur sedang terbentuk di negara itu, dan keadaan hujan serta berangin yang berterusan akan berlanjutan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Mohd Hasif masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat lalu, masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
'Tiada niat raih simpati, itu satu-satunya kenderaan kami ada'
Keluarga bayi berusia 11 bulan yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan apabila kisah kesukaran mereka mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Syarikat 'telco' diharap percepat muktamad perjanjian pegangan ekuiti dalam DNB - Fahmi
Syarikat telekomunikasi diberi masa 20 hari untuk membuat keputusan bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam DNB.
Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki hantar komunikasi seksual
Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa, menolak pengakuan bersalah seorang warga Indonesia yang dituduh berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.
Polis tumpas sindiket dadah bernilai lebih RM43,000, empat ditahan
Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang aktif di sekitar Hulu Selangor selepas menahan empat lelaki dan merampas 15.28 kilogram ganja.
Rampas ganja hampir setengah juta dalam kubur Cina
Taktik sindiket dadah menyimpan bekalan ganja dalam kubur Cina berjaya dibongkar polis dalam siri serbuan selepas menahan dua lelaki.