awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampas rokok seludup dalam van

Sinar Harian
Sinar Harian
17/07/2022
22:45 MYT
Rampas rokok seludup dalam van
Mohd Nasir (dua, kanan) menunjukkan 671,000 batang rokok putih yang dirampas oleh Kastam Kelantan termasuk kretek yang disembunyikan dalam sebuah van jenis Toyota Hiace di tepi lorong sebuah kampung, di Kota Bharu pada Rabu. -Foto Sinar Harian
KOTA BHARU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDRM) Kelantan merampas 671,000 batang rokok putih termasuk kretek yang disembunyikan dalam sebuah van jenis Toyota Hiace di tepi lorong sebuah kampung di sini pada Rabu.
Pengarah Kastam Kelantan, Mohd Nasir Deraman berkata, modus operandi tersebut dilakukan bertujuan mengelakkan daripada dikesan oleh anggota penguat kuasa.
"Bagaimanapun hasil maklumat risikan, kita telah berjaya mengesan kenderaan tersebut.
"Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas van itu kami telah menjumpai 82 peti rokok seludup," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat JKDRM di sini pada Ahad.
Menurutnya, rampasan pada jam 12.45 tengah hari itu membabitkan nilai berjumlah RM452,725 termasuk cukai.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.
Mohd Nasir memberitahu, siasatan awal mendapati pihaknya tidak menolak kemungkinan rokok tersebut untuk pasaran tempatan.
Dalam perkembangan lain Mohd Nasir berkata, sepanjang enam bulan pertama tahun ini, JKDRM Kelantan telah berjaya merampas 11 juta batang rokok membabitkan jumlah keseluruhan termasuk cukai berjumlah RM7.4 juta. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rokok seludup
#Jabatan Kastam Diraja Malaysia
#Mohd Nasir Deraman
#toyota hiace
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan