awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rampasan kuasa di Gabon: Kesemua rakyat Malaysia selamat

Bernama
Bernama
30/08/2023
14:16 MYT
Rampasan kuasa di Gabon: Kesemua rakyat Malaysia selamat
Pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini di Gabon. - Reuters
PUTRAJAYA: Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja, Nigeria yang ditauliahkan serentak ke Gabon mengesahkan kesemua rakyat Malaysia di Gabon berada dalam keadaan selamat, susulan pengumuman rampasan kuasa oleh pihak tentera di negara itu.
Menurut kenyataan kementerian, pihak Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini di Gabon.
Sehubungan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular diminta berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Abuja beralamat di No. 4A, Plot 2232 B, Rio Negro CloseOff Yedseram Street, Maitama Abuja, Nigeria.
Telefon : +234 92908488, +234 7031365197 (Pegawai Bertugas), e-mel: [email protected].
Sebarang perkembangan terkini mengenai insiden berkenaan akan dimaklumkan dari semasa kesemasa.
Media pada Rabu melaporkan sekumpulan pegawai kanan tentera Gabon muncul di televisyen tempatan negara ini dan mengumumkan mereka telah merampas kuasa.
Tindakan itu dibuat sejurus selepas Pusat Pilihan Raya Gabon (CGE) mengesahkan penyandang Presiden Ali Bongo secara rasmi memenangi penggal ketiga dengan memperoleh 64.27 peratus undi, lapor Agensi Anadolu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rampasan kuasa
#Gabon
#keselamatan
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan