Polis Kelantan sedang menjalankan siasatan berhubung satu rampasan melibatkan antara lain, pistol, peluru hidup dan komponen membuat bom, yang dibuat menerusi satu serbuan di sebuah rumah di Ketereh pada Sabtu.
Susulan rampasan itu, enam rakyat Thailand termasuk 3 wanita ditahan dalam rumah berkenaan antara jam 2.30 hingga 4.40 pagi Ahad.
Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata, mereka yang ditahan, berusia dari 19 hingga 55 tahun, termasuk dua pasangan suami isteri, kini ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan.
Katanya, pihaknya menemui empat pucuk pistol jenis Smith and Wesson, pistol separa automatik berwarna kelabu, pistol buatan Israel dikenali Uzi Eagle dan Glock, yang disembunyi dalam ketuhar, laci, serta tandas rumah berkenaan.
Turut ditemui, pistol yang mempunyai peluru serta ratusan peluru hidup pelbagai saiz serta laras pistol.
Lebih mengejutkan, pihak polis turut menemui komponen membuat bom buatan sendiri antaranya bateri, papan litar, power bank, mercun bola, Sulfur 'Elektrik Sparkles' dan alatan lain.
"Kita sedang menyiasat tujuan sejumlah senjata dan peluru hidup ini dimiliki suspek berkenaan, sama ada mereka terlibat jenayah atau hanya memberi sewaan senjata kepada penjenayah.
"Namun, siasatan awal mendapati, mereka menggunakan senjata dan bom ini untuk kegunaan sendiri," kata Hasanuddin pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.
"Pihak polis percaya bahan letupan dan pistol berkenaan dibawa masuk melalui pengkalan haram di Rantau Panjang secara komponen dan berperingkat-peringkat, yang kemudiannya dipasang di sini," katanya.
Menurutnya, pistol berkenaan dipercayai dibeli dari negara jiran dengan harga antara 40,000 hingga 60,000 baht sepucuk.
Kesemua suspek berkenan yang sudah direman selama 14 hari bermula hari ini memasuki Malaysia tanpa sebarang dokumen dan menggunakan laluan haram.
Mereka juga dipercayai sudah menetap di Ketereh sejak hampir setahun lalu, tambah Hasanuddin.
Selain senjata api, pihaknya juga turut merampas pelbagai jenis dadah dengan nilai lebih RM200.
Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971, Seksyen 7 Akta Senjata Api (penalti lebih berat), Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960, Akta 4 Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, pada sidang media sama, polis Kelantan juga memaklumkan berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM33,000 dalam satu serbuan pada 2 Februari.
Serbuan pada jam 3 pagi itu dilakukan di sebuah pondok yang terletak dalam kebun getah di Kampung Teluk Sawa, Tok Uban, Pasir Mas.
Susulan rampasan itu, pihaknya juga berjaya menaahan seorang lelaki tempatan berusia 31 tahun yang mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Suspek dipercayai pengedar dadah di kawasan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Vivi Sumanti
Sun Feb 04 2018
Antara barang rampasan, termasuk empat pucuk pistol, ditunjukkan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri hari ini. --fotoBERNAMA
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.