Kementerian Pengangkutan menegaskan bahawa Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 bukan bertujuan menindas dan membebankan mana-mana individu sebaliknya bagi melindungi pengguna jalan raya yang lain.
Rang undang-undang itu, yang antara lain bakal meminda hukuman pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah, diluluskan dengan undian suara terbanyak di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, berkata hukuman penjara yang dinaikkan kepada minimum lima tahun bagi mereka yang memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian adalah memadai dan ia akan dipertimbang oleh mahkamah.
"Kalau seseorang itu memandu dengan melulu, saya rasa yang pertama pegawai akan menyiasat dengan mengambil kira keadaan jalan dan sebagainya, kedua semua fail (siasatan) akan dihantar kepada timbalan pendakwa raya yang mana ini perlu memenuhi prasyarat apa yang dinyatakan dalam undang-undang ini.
"Jadi ini bukan bertujuan untuk menghukum mereka yang mencari rezeki tiba-tiba tidak dapat kawal lalu lintas kerana jalan licin, sebaliknya saya dah kata keadaan itu dah ditulis begitu jelas sekali jadi saya yakin Jabatan Peguam Negara mempunyai pakar-pakar yang akan menilai setiap keadaan dan sekiranya ada justifikasi, barulah seseorang itu dituduh di mahkamah. Jadi ia tidak bertujuan menyusahkan mana-mana pihak," katanya.
Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 itu dibahaskan oleh 19 Ahli Parlimen.
Terdahulu, beberapa Ahli Parlimen pembangkang mendakwa rang undang-undang itu bersifat menindas golongan miskin yang tidak mampu untuk membayar denda dan fi guaman sehingga memaksa mereka dipenjarakan minimum lima tahun yang dianggap tinggi.
Antaranya Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) yang berkata: "Di kampung-kampung dan tempat pedalaman memang susah untuk menggaji peguam, jadi sekiranya penjelasan di mahkamah tidak berjaya mereka akan terus dihukum lima tahun penjara yang mana ini merugikan terutama anak remaja yang akan hilang masa depan."
Turut membangkitkan isu tersebut ialah Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan R. Sivarasa (PH-Sungai Buloh) yang meminta hukuman minimum penjara dikekalkan dua tahun dan terpulang kepada mahkamah untuk menimbang perkara itu.
Terdahulu, ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua, Wee berkata pindaan tersebut melibatkan 15 fasal utama dan menyentuh 13 seksyen Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan akan melengkapkan keseluruhan strategi kementerian dalam meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya di seluruh negara.
"Pindaan melibatkan peningkatan kadar hukuman atau penalti selain menjadikan hukuman penjara sebagai satu bentuk hukuman mandatori bagi kesalahan yang terlibat.
"Cadangan pindaan Seksyen 41 akta itu melibatkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan iaitu hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun dengan denda minimum RM20,000 dan maksimum RM50,000," katanya.
Wee berkata antara pindaan lain ialah Seksyen 44 melibatkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Beliau berkata jenis hukuman bagi kesalahan di bawah seksyen itu akan dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes yang menyebabkan kecederaan dan kes yang menyebabkan kematian.
Bagi kes menyebabkan kematian, hukuman yang dikenakan jika sabit kesalahan ialah penjara bagi tempoh antara 10 hingga 15 tahun dan denda minimum RM50,000 dan maksimum RM100,000 selain hilang kelayakan lesen memandu bagi tempoh 10 tahun, bagi sabitan pertama.
Pindaan turut melibatkan hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang RM100,000 dan maksimum RM150,000 serta hilang kelayakan lesen bagi tempoh 20 tahun, untuk kesalahan seterusnya.
Rang undang-undang itu juga mencadangkan pindaan had kandungan alkohol baharu iaitu 22 mikrogram alkohol dalam 100 mililiter (ml) nafas; 50 miligram (mg) alkohol dalam 100ml darah dan 67mg alkohol dalam 100ml air kencing.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 26 2020
Wee berkata antara pindaan lain ialah Seksyen 44 melibatkan kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan. - Astro AWANI / Shahir Omar
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.