awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang Mac depan

Bernama
Bernama
15/12/2014
11:32 MYT
Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang Mac depan
AHMAD ZAHID: Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan. -Gambar fail
Rang Undang-Undang Anti Keganasan dijangka dibentang di Dewan Rakyat pada Mac tahun depan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata bahagian undang-undang Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menyiapkan draf rang undang-undang itu sebelum dibincangkan secara lebih terperinci dengan Jabatan Peguam Negara.
"KDN akan mengemukakan perkara ini kepada jemaah menteri sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.
"Cadangan rang undang-undang ini mendapat maklum balas baik bukan sahaja daripada pengamal perundangan malah badan bukan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pesuruhjaya Polis/ Ketua Polis/ Komander dan Komandan 2/2014 di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dekat sini, hari ini.
Berhubung Akta Pencegahan Jenayah (POCA) (Pindaan dan Pemerluasan 2013) pula, beliau berkata sehingga hari ini, 306 individu ditahan sejak akta tersebut dipinda.
"Daripada jumlah itu, beberapa pendakwaan telah dibuat dan penahanan telah dilakukan. Pindaan akta merupakan satu tindakan yang berkesan kerana ia bukan hanya sekadar membanteras jenayah tapi ia melakukan usaha pencegahan kepada aktiviti jenayah," katanya.
Ahmad Zahid berkata POCA yang diketuai seorang hakim dan dibantu empat orang ahli itu kini telah diperluas ke Sabah dan Sarawak.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis menyambut baik cadangan Rang Undang-undang Anti Keganasan itu dan menyifatkannya sebagai 'extra tool' dalam menghadapi ancaman militan.
"Khususnya rakyat Malaysia yang berjuang di luar negara dan mungkin balik, boleh mengancam dan mengganggu-gugat keselamatan dalam negara kita," kata beliau ketika ditemui di sini.
Topic Berkaitan
#anti keganasan
#Dewan Rakyat
#Jabatan Peguam Negara
#Rang Undang-Undang
#zahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan