Range Rover dipandu atas jambatan kertas! [+video]
![Range Rover dipandu atas jambatan kertas! [+video] Range Rover dipandu atas jambatan kertas! [+video]](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-auto,h-auto,q-80,f-webp/http://drebar.my/getmedia/94fb267b-73fe-43fc-9304-dee04afb9274/Range-Rover-over-papaer-bridge-main-2.JPG.aspx?width=295&height=200&ext=.jpg)
Baru-baru ini sebuah Range Rover telah dipandu merentasi jambatan yang dibuat sepenuhnya dengan kertas. Aksi yang dilakukan di Suzhou, China, ini telah dilakukan untuk meraikan ulangtahun ke-45 barisan model Range Rover dan inovasi yang mereka telah perkenalkan selama ini.
Jambatan ini sepanjang lima meter dan dibuat tanpa menggunakan pelekat, gam, skru ataupun nat. Proses pembuatannya mengambil masa tiga hari di sebuah bandar yang terkenal dengan jambatan-jambatannya sehingga Suzhou diberi gelaran ‘Venice Timur’.
Ketua pelatih ‘Land Rover Experience’ Chris Zhou telah diberi tugas untuk memandu Range Rover ini merentasi jambatan kertas yang telah siap dibina. Pereka jambatan ini, Steve Messam berkata bahawa struktur kertas yang boleh menampung berat manusia sudah agak biasa, tetapi skala bagi jambatan ini memang sesuatu yang unik.
Menariknya jambatan kertas ini juga berjaya membuktikan keberkesanan sistem-sistem cengkaman bagi Range Rover tersebut. Pemanduan yang dilakukan nampaknya langsung tidak merosakkan permukaan kertas yang digunakan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

