awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka dan tulang manusia ditemukan di kebun durian

Bernama
Bernama
03/11/2024
04:50 MYT
Rangka dan tulang manusia ditemukan di kebun durian
Polis berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu keputusan laporan bedah siasat dan laporan forensik. - Gambar hiasan
BALIK PULAU: Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di kawasan kebun durian di Jalan Besar Pulau Betong di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata pihak polis menerima maklumat berhubung penemuan beberapa tulang dan rangka di kawasan kebun durian yang terletak di lereng berbukit itu pada 12.35 tengah hari.
"Siasatan awal di lokasi kejadian berjaya menemukan beberapa tulang dan lokasi timbunan tanah bersama rangka disyaki manusia.
"Turut dijumpai di lokasi sama ialah serpihan telefon, cawan, gulungan dawai, periuk besi dan serpihan kipas," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sazalee berkata tulang dan rangka berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu keputusan laporan bedah siasat dan laporan forensik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan forensik
#pulau pinang
#rangka manusia
#kebun durian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan