KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan berharap dapat mengumumkan butiran mengenai sasaran pelepasan karbon sifar bersih 2050 pada tahun ini.
Mustapa berkata, kerajaan masih dalam peringkat membangunkan rangka kerja berkenaan yang turut merangkumi langkah memperkenalkan pasaran karbon dan mekanisme penetapan harga karbon secara sukarela seperti cukai karbon serta perluasan insentif cukai teknologi hijau.
Malah, jelas beliau, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) sedang berbincang dengan Bursa Malaysia Bhd mengenai perkara berkaitan dagangan karbon.
“Adalah diharapkan butiran lanjut mengenainya dapat diumumkan pada tahun ini yang dapat memberi gambaran lebih jelas kepada kita,” katanya ketika berucap pada Persidangan Hijau MIDF bertemakan ‘Beyond The Blah Blah Blah’ pada Rabu.
Mustapa berkata kerajaan telah menetapkan sasaran pemasangan kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 30 peratus bagi sektor tenaga menjelang 2025.
“Kerajaan juga komited untuk memenuhi janji kita dalam Sidang Kemuncak Bumi Rio 1992 untuk memastikan 50 peratus daripada kawasan negara kekal diliputi hutan.
“Pada masa sama, kerajaan juga menyasarkan agar Malaysia muncul sebagai hab Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab (SRI) serantau bagi meraih manfaat daripada peningkatan permintaan terhadap produk-produk SRI,” katanya.
Menurutnya, Malaysia juga menyedari cabaran peralihan negara ke arah mencapai sasaran jejak karbon yang lebih rendah.
“Ketika ini, beberapa negara masih dalam proses beralih ke sumber tenaga lebih hijau pada tahap yang ketara manakala masih banyak negara-negara pesat membangun yang sebaliknya bergantung kepada industri yang sarat karbon.
“Bagi menikmati manfaat di landasan karbon lebih rendah, negara sedang pesat membangun seperti Malaysia perlu mempercepat peralihannya ke arah tenaga lebih hijau,” katanya.
Menurut Mustapa, kerajaan telah melaksanakan Akta Tenaga Boleh Baharu sedekad lepas yang berperanan sebagai inisiatif bagi menggalakkan pembangunan sektor tenaga berkaitan.
Pada Disember 2021, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menerbitkan Draf Pendedahan Pengurusan Risiko Iklim dan Analisis Senario yang menetapkan keperluan berkaitan bagi meningkatkan daya tahan sektor kewangan terhadap risiko terbabit.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia juga telah mengeluarkan kertas rundingan mengenai Taksonomi SRI bagi pasaran modal tempatan untuk mengenal pasti aktiviti ekonomi yang seiringan dengan matlamat tadbir urus alam sekitar, sosial dan korporat (ESG).
“Malah, terdapat beberapa perkembangan positif membabitkan pematuhan ESG apabila syarikat-syarikat telah mula menyedari mengenai kepentingan ESG,” katanya.
Mustapa berkata, ini dapat dilihat menerusi peningkatan jumlah syarikat tersenarai di bawah Indeks FTSE4Good Bursa Malaysia melibatkan syarikat yang terbukti memenuhi kriteria ESG tertentu.
Bilangan tersebut telah meningkat daripada 24 syarikat di awal pelaksanaannya pada 2014 kepada 80 syarikat setakat Disember 2021.
Pada 2021, pelaburan global dalam dana mampan/ESG dan Dana Dagangan Bursa meningkat sebanyak 53 peratus kepada AS$2.7 trilion.
Astro Awani
Wed Mar 09 2022
Menurut Mustapa, kerajaan telah melaksanakan Akta Tenaga Boleh Baharu sedekad lepas yang berperanan sebagai inisiatif bagi menggalakkan pembangunan sektor tenaga berkaitan. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.