awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka manusia ditemui dalam loji kumbahan

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2024
03:45 MYT
Rangka manusia ditemui dalam loji kumbahan
Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia termasuk tengkorak dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Kota Tinggi. - Foto/ PDRM
KOTA TINGGI: Satu rangka manusia termasuk tengkorak ditemui dalam loji kumbahan di Taman Seri Penawar, Bandar Penawar, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman, berkata, laporan berhubung penemuan tulang manusia itu diterima pada Ahad, oleh kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit.
Menurut beliau, selepas menerima laporan tersebut polis daerah Kota Tinggi bersama Unit Forensik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, bergegas ke lokasi.
"Hasil pemeriksaan menjumpai kain pelekat tersangkut pada mesin kisar tapis sampah.
"Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar membantu mengeluarkan rangka serta tulang yang ditemui tersangkut di tengah-tengah mesin kisar tapis sampah itu.
"Hasil pemeriksaan menyeluruh di lokasi kejadian, pihak polis berjaya menjumpai satu tengkorak, tujuh ketul tulang panjang, sepasang tulang pinggul dan segumpal rambut," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Rabu.
Yusof berkata, spesimen tulang berkenaan kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Asnalisz Zainal melalui talian 016-444 6871 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi (07-883 7222)," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rangksa manusia
#Bandar Penawar
#jumpa mayat
#loji kumbahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan