awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas CEO Yahoo Marissa Mayer perkenal pembantu maya AI baharu 'Dazzle'
Keputusan 1MDB Najib ditangguh, sambung lepas solat Jumaat
8 maut bangunan runtuh di Mesir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rangka manusia ditemui dalam tong sampah

Ashwad Ismail
Ashwad Ismail
29/01/2020
23:02 MYT
Rangka manusia ditemui dalam tong sampah
Polis menggunakan tali untuk membawa naik tong sampah itu ke tepi jalan di lereng bukit berkenaan sebelum terus membawanya ke Jabatan Forensik. Foto ihsan PDRM
Rangka manusia yang belum dikenalpasti identiti ditemui di dalam tong sampah oleh seorang lelaki yang terhidu bau busuk yang mencurigakan berdekatan tiang elektrik di sini pada Rabu.
Lelaki itu kemudiannya menghubungi balai polis dan memaklumkan penemuan berhampiran lereng bukit di tepi Jalan Paya Terubong berkenaan pada jam 7.20 petang.
Pasukan polis membuat pemeriksaan mendapati rangka manusia dibuang ke dalam tong sampah milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu.
Rangka berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Suffian Santong mengesahkan penemuan itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dilakukan.
Bernama memetik beliau berkata, pihak polis menggunakan tali untuk membawa naik tong sampah itu ke tepi jalan di lereng bukit berkenaan sebelum terus membawanya ke Jabatan Forensik hospital tersebut untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan itu bagi membantu siasatan dan mengesan pihak yang meninggalkan tong sampah berisi rangka manusia dipercayai telah mati lebih lima hari itu.
Topic Berkaitan
#Hospital Pulau Pinang
#Majlis Bandaraya Pulau Pinang
#mati
#polis
#rakaman kamera litar tertutup
#rangka manusia
#siasatan
#Suffian Santong
#tong sampah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan